CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ala Bi, Pilihkanlah. Kahwin Nanti Bi Senang. Dah Tahu Sayang Guna Jenis Mana..."

26-3-2018 12:11 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5524| Komen: 17|Original author: Oleh: Whitney


Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin sukar untuk dikawal. Ada sahaja salah laku yang dilihat di depan mata, yang dikongsi dalam media sosial, media massa dan juga media elektronik. Masalah remaja bukanlah masalah biasa yang kita hanya boleh memandang tanpa melakukan apa-apa tindakan kerana remaja masa kini merupakan tonggak harapan negara pada masa akan datang. Jika sekarang pun ramai remaja yang sudah rosak akhlaknya, bagaimana agaknya keadaan masa depan Negara kita.

Cerita yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Syahr Musafir ini adalah salah satu daripada gejala sosial yang berlaku di depan matanya sendiri. Remaja yang dilihatnya itu seakan-akan sudah hilang sifat malu dan terang-terangan menunjukkan aksi mesra ketika bersama pasangannya yang mana mereka belum lagi berkahwin. 

Mereka juga bagaikan tidak kisah tanggapan masyarakat yang memandang perbuatan mereka.  



Kalau manja lebih-lebih dan mengalahkan laki bini, memang dah boleh agak. Mesti belum kahwin.


Orang perempuan janganlah jual murah sangat harga diri tu. Senang-senang bagi orang lelaki sentuh dan tahu hal sulit perempuan.




Ramai netizen yang bersetuju dengan lelaki ini yang berani menegur kelakuan tidak elok dan menyalahi hukum agama itu. Salah satu sebab remaja sekarang semakin berani bertindak sedemikian kerana tidak ramai yang berani untuk menegur malah hanya membiarkan sahaja.


Netizen juga geram dengan kelakuan remaja tersebut kerana mereka tidak menjaga pergaulan dan batasan. Netizen juga melahirkan rasa takut dan risau jika anak-anak mereka turut terlibat dengan kelakuan yang tidak senonoh sebegitu. 


Jadi, kalau nampak remaja berlakuan tidak senonoh atau mesra terlampau mengalahkan suami isteri tu, tegurlah perbuatan mereka. Risau juga suatu hari nanti, perkara sebegitu akan menjadi sesuatu yang normal dalam masyarakat kerana tiada orang yang berani untuk menegur perkara yang salah.  Sesiapa yang ada anak tu, didiklah anak-anak sebaiknya agar kenal dosa dan pahala. - CARI 
10

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 26-3-2018 12:37 PM
Elok laa belajar pilih pad awal2. Kau igt laki masuk guardians tgk pad, dia pandai ke. Wing ni bole terbang ke? Maxi ni pebenda pulak? Ape beza kotek dgn whisper. Whisper ni bole bisik2 ke?

Umpama kau suruh perempuan gi kedai beli minyak itam konpem akan blurr sama jgk
Quote AvaAdore 26-3-2018 12:57 PM
Biasa je bab dia suruh pakwe dia pilih tuala wanita tu. Laki ni kena la jgk tau pasal ni. Bila emergency bole tlg belikan   
Quote bintangct 26-3-2018 01:08 PM
Drama tv melayu pun byk yg menjurus perbuatan maksiat sblm kawen. Ramai je bdk2 dan remaja dok layan dan terpengaruh  
Quote chicozinn 26-3-2018 02:14 PM
Victorioussss replied at 26-3-2018 12:37 PM
Elok laa belajar pilih pad awal2. Kau igt laki masuk guardians tgk pad, dia pandai ke. Wing ni bole  ...

laki ak ble soh belikan pad aku siap bagi plastik jnama pad tu senang dy nk bli..penah mse memula kawen ri tu dy belikan aku yg slim non wing padahal ak 1st day peot..xmemasal ak sndri stat kete g bli yg sesuai punya..uhuhuhu
Quote krustykrab 26-3-2018 02:24 PM
chicozinn replied at 26-3-2018 02:14 PM
laki ak ble soh belikan pad aku siap bagi plastik jnama pad tu senang dy nk bli..penah mse memula  ...

yo lah kan sbb benda tu bukan depa pakai, x koser nak baca satu persatu

aku pun kdg pening nak pilih yg mana, bulan ni beli brand lain, bln depan try brand lain pulak

Quote LostStar 26-3-2018 02:50 PM
apa pakcik ni.. biar la dia belajar cara pilih pad.. kesian bakal bini nanti..
Quote AznieBunnie 26-3-2018 03:29 PM
chicozinn replied at 26-3-2018 02:14 PM
laki ak ble soh belikan pad aku siap bagi plastik jnama pad tu senang dy nk bli..penah mse memula  ...

tetiba teringat masa gugur dulu.
pesan kat suami, belikan pad jenis sekian-sekian.
dia boleh datang wad, dgn senyum bangga bawa pantiliner.
berdekah akak katil sebelah gelak...

tapi ni takpa la, suami. hahahha

dulu, pernah tegur kapel elok punya gesel-gesel kat atas bukit senjuang. merah, panas je muka masa tegur tu. "dik, tak kawin lg kan? tak elok la macam ni. non muslim tgk, malu".
lepas tegur tu, laju jalan turun bawah, masuk kereta. hubby terkulat-kulat ikut, 'apsal bini aku ni?'.

sekarang tak berani nak tegur dah. bebudak la ni mulut dasat. tak pepasal kita plak yg kena marah nnt.
Quote mieymiey 26-3-2018 04:06 PM
Bagusnya lahai bf budak ni, nak juga temankan gf beli pad.
Bf i? I kirim suruh beli siap bagi gambar pad, mati-mati dia takmo.
Tak pandai katanya.
Takleh harap
Quote prettyuglybabe 26-3-2018 04:17 PM
masa sekolah asrama dulu, my father yang belikan i pad..
sedangkan i sendiri pun tatau brand wing bagai..
and tak payah pesan pun..
tau je my dad sampai dengan jajan and pad
Quote Jorja 26-3-2018 09:00 PM
at least dlm cerita ni si pengadu tak ada lah juga buka aib budak budak tu kan
Quote pearl.silver 26-3-2018 09:00 PM
Org yg suruh laki beli pad ni kan, masa single dulu mmg selalu darah dah keluar baru gi kedai bli pad ke..
Joking je..
so far i tak pernah pulak ada time yg ketandusan pad ni..sebab selalu beli kombo 3x20pcs tu ke..

Btw dlm umo i skang ni, bila nampak couple muda2 jln pegang2 tgn ni, dlm hati rasa kesiannye la bdk pompuan ni..sbb belom tentu laki tu akn kawen ngn diorg
Quote noell 26-3-2018 09:01 PM
Victorioussss replied at 26-3-2018 12:37 PM
Elok laa belajar pilih pad awal2. Kau igt laki masuk guardians tgk pad, dia pandai ke. Wing ni bole  ...

lepas kawin bole belajaq sis...itu yg i buat
Quote Victorioussss 26-3-2018 10:22 PM
mieymiey replied at 26-3-2018 04:06 PM
Bagusnya lahai bf budak ni, nak juga temankan gf beli pad.
Bf i? I kirim suruh beli siap bagi gamba ...

Xnk sbb malu weh

Nak2 cashier tu pompuan muda2, terpaksa tebalkan muka la. Pastu dorang bantai gelak2 sesama dorg. Belakang kau ade makcik pompuan
Quote rosasen 27-3-2018 09:14 AM
1st time aku suruh husband beli pad baru ni sebab dah tgh mlm...7E je bukak.. dia pon br nak abis shift.. so hntr gmbr packaging je senang..nasib betul dia beli....hahaha
Quote yayangmama 27-3-2018 03:14 PM
14 taun kawen, time bersalin je pernah la 2x husb belikan pad

kalau skang ni suh beli kan lg sure da lupa mana yg nk d beli haha
Quote maitang 27-3-2018 05:10 PM
pearl.silver replied at 26-3-2018 09:00 PM
Org yg suruh laki beli pad ni kan, masa single dulu mmg selalu darah dah keluar baru gi kedai bli pa ...

yess, i feel you.
Quote Supersirap 28-3-2018 12:37 PM
Perlu adanya pendidikan agama yang just kalau tidak jadi macam begina la

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.099883 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top