Khairy Jamaluddin sememangnya terkenal sebagai seorang menteri yang berketrampilan menarik dan menjaga cara pemakaiannya. Pendek kata memang padan selaku tugasnya sebagai Menteri Belia dan Sukan di kementerian tersebut.
Bahkan jika anda mengikuti Instagramnya (@KhairyKJ) pasti perasan bahawa KJ adalah seorang yang gemarkan stoking yang mempunyai warna-warna yang striking walaupun sedang dalam pakaian formal. Ini kerana bagi beliau, warna stoking yang ceria dan menarik akan memberikan satu mood yang baik untuk si pemakainya. Baru-baru ini, KJ telah memuat naik sekeping foto di Instagramnya yang menunjukkan beliau memakai stokin yang tidak sama pasangannya ketika menghadiri sidang Parlimen. Sebelah kuning dan sebelah lagi bercorak belang biru. Rupa-rupanya KJ mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau memadankan stokin tersebut sebegitu. Menurut posting IG itu, KJ memberitahu tujuan dia memakai sedemikian kerana ingin menunjukkan sokongannya bersempena Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac yang lalu. Bagi KJ Hari Sindrom Down Sedunia itu terasa dekat dengannya kerana beliau sendiri mempunyai anak saudara yang menghidap sindrom down. Tambah beliau lagi, sepatutnya sindrom down bukanlah satu perkara yang patut dimalukan dan sepatutnya masyarakat normal perlu memberi sokongan kepada mereka untuk menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Para netizen turut terkesan dengan posting IG KJ tersebut dan ramai yang sedar bahawa Sindrom down bukannya satu penyakit bahkan ia perlu diraikan dengan cara memberi sokongan dan layanan seperti orang biasa. Usaha KJ ini sememangnya patut dipuji kerana beliau memanfaatkan pengaruhnya di sosial media dengan memberikan kesedaran sebegini kepada orang ramai. Ini barulah betul-betul social media Influencer! -CARI |
7
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
19
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT