Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes tampil memohon maaf selepas video kakitangan yang menyebabkan basikal penumpang rosak tular di media sosial.
"Kami adalah sebuah syarikat yang jika kami buat silap, kami akui dan menerimanya. Kami akan jadi lebih baik. Mohon maaf," katanya dalam status yang dimuat naik di Facebook. Malaysia Kini melaporkan, rakaman video itu menunjukkan kakitangan yang mengendalikan bagasi tersebut dan menghumbankannya ke tanah dan ke dalam kenderaan pengangkut.
Penguna Facebook yang dipercayai pemilik basikal tersebut sebelum itu memuat naik rakaman tersebut di facebook dengan kapsyen, "Terima kasih AirAsia, kau pecahkan basikal aku. Ini dirakam ketika kami masih dalam penerbangan AK171 kami dari Kaohsiung ke KLIA2." Tony Fernandes berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat, akan berhubung dengan penumpang berkenaan dan memastikan tiada kerosakan berlaku. "Selepas menemui semua kakitangan lelaki dan wanita, saya sangat kecewa. (Kami) akan keluarkan kenyataan untuk meyakinkan semua penunggang basikal," tambahnya. -CARI
|
11
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
24
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jofizo replied at 22-3-2018 05:47 PM
menjawab la kt bos nanti.... dah la zmn skg ssh nak keje
berusjamban replied at 22-3-2018 07:03 PM
Pundek airasia ni lingkupkan roda beg aku gak sial btol
neo_5050 replied at 22-3-2018 07:19 PM
Boleh suruh AA ganti rasanya. Bag sorang my friend rosak masa naik AA dari kuching - klia. Dapat g ...
ADVERTISEMENT