Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Cerita pasal makanan viral ini makin hari makin menjadi-jadi. Kadang-kadang kita tak sangka bahawa makanan macam tu pun boleh menjadi tular di kalangan rakyat Malaysia.
Sedangkan makanan tersebut sudah lama pun wujud dan dah lama telah dijual di situ. Namun, bila ada yang mula membuat isu tentang makanan itu baru ia mendapat perhatian. Contoh macam dulu Kuih Keria Gula Melaka sebelum ini kedai perniagaan tu telah ada bertahun-tahun kat situ jual kuih Keria. Tapi sejak masuk media sosial terus mendapat perhatian dan mula ramai orang nak cuba. Sama juga dengan kes Milo Ais Kepal yang juga sebelum ini mengikut makcik pemilik kedai tu mereka dah lama meniaga kat situ. Tapi bila mula ada seorang masukan dalam media sosial terus ia mula jadi tular dan ramai orang sanggup datang dari jauh semata-mata nak cuba ais kepal tu. Paling teruk ada pula yang mula meniru makanan yang viral ini. Kalau nak cuba tiru tu buat betul-betul seperti mana yang viral tu ok tapi ini tidak mereka seperti mengambil kesempatan untuk menggunakan nama yang sama tapi produk yang jauh lebih tidak sama.
Macam kes ais kepal tu tu masa ia viral ramai peniaga nak cuba ambil kesempatan atas populariti makanan itu menggunakan nama yang sama tapi bila rasa ia jauh daripada yang original. Itu paling menyesal dan paling tidak bagus sekali kerana ia memberi imej yang tidak baik kepada makanan yang telah viral itu. Kalau ais kepal sebenar tu gunakan seratus peratus serbuk Milo bersama dengan campuran bahan yang lain tapi bila datang kaki tiru ini mereka campurkan pula dengan bahan-bahan lain. Janji nampak sama dan juga lebih kurang pastu jual guna nama yang popular. Siapa yang rugi bila perkara ini berlaku mereka yang menjadi mangsa nak beli dan cuba makanan tersebutlah. Sanggup pergi cari jauh-jauh dan berbaris panjang-panjang semata-mata untuk cuba tapi bila rasa ia lain sangat dan paling tidak elok tu ia tidak sedap langsung. Harga letak sama mahal macam mana yang viral jadi mulalah orang tularkan rasa tidak setimpal dengan harga. Paling tak syok menggunakan nama yang viral semata-mata nak laris. Adakah itu salah siapa? Di mana punca dan apa penyelesaiannya? Jalan paling bagus adalah mempatentkan produk makanan itu seperti mana yang dibuat sebelum ini oleh Shell Out dan juga Nasi Kak Wok. Apabila produk itu telah dipatentkan dan bila orang mula tiru dan guna nama demi mengaut untung tapi pihak yang asal boleh ambil tindakan kepada mereka mengikut lunas-lunas undang-undang negara. Mungkin kesedaran kepada keperluan untuk patent sesuatu yang menjadi viral ini tidak serius dikalangan rakyat Malaysia. Bagi mereka mungkin rezeki masing-masing tapi buka itu isunya yang paling tidak enak tu yang meniru tu buat produk yang tidak seperti mana asal dan mengaut keuntungan tanpa produk berkualiti. Mangsa adalah pengguna yang teraniaya dengan menggunakan nama untuk mengaut keuntungan semata-mata. Jadilah peniaga yang berhemah dan juga jujur dalam mendapatkan rezeki tu. Bukan semata-mata nak kaut untung sahaja tapi produk tidak semenggah. Mana nak daftar untuk patent produk anda Malaysia dan ada agensi MyIPO yang memang menyediakan khidmat itu. Harga dan juga syarat-syarat yang ditetapkan boleh dapatkan terus ke laman web agensi itu sendiri. Maha cuba membantu sahaja dan bagi pendapat sebab dah pernah jadi mangsa tentang isu tiru meniru ni. Apa pun jom follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan untuk kongsi sebarang idea atau nak lontarkan soalan yang mana tahu nak tanya secara personal. Selamat semuanya.
|
21
Bagus |
20
Marah |
22
Terkejut |
13
Sedih |
20
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dekmieDandy replied at 23-3-2018 03:25 PM
haritu lepas makan ais milo kepal ni terus rasa berdosa
habis pening kepala, penyudahnye tido sam ...
skystrike replied at 25-3-2018 11:02 PM
makanan viral ni bila hype dia dah hilang confirm xde sapa yg nak cari...sebab tu siapa yang start n ...
ADVERTISEMENT