CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Kurus Makin Cantik, Bila AF Turun 28kg

22-3-2018 03:42 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 22979| Komen: 115|Original author: Oleh: Amirah

Sungguh mengagumkan usaha bekas peserta Akademi Fantasia 2015, Nabila yang berjaya menurunkan beratnya sebanyak 28kg dalam masa 8 bulan.

Foto: IG Bila AF
Bila akui dia sungguh terkesan dengan teguran seorang jurulatih peribadi, Auntie yang menyebabkan dirinya nekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat.

Foto: IG Bila AF
"Kata-kata Auntie yang mengatakan saya mempunyai wajah yang cantik tetapi sayang badan tak cantik membuka hati saya untuk mengubah cara hidup.


"Auntie pula kebetulan seorang jurulatih peribadi dan sejak itu saya mengambil keputusan untuk menyertai kelas yoga dan aerobik yang diadakannya selain mengamalkan diet sihat.

"Alhamdulillah lapan bulan kemudian saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 28 kilogram dan ini baru permulaan!" katanya kepada mStar Online.

Foto: IG Bila AF
Bagi yang tidak tahu, Bila sebenarnya merupakan anak kepada pemain gitar bes kumpulan Wings, Eddie. Bila juga berkongsi amalan diet dan aktiviti yang dilakukan seperti bersenam sebanyak lima kali seminggu, yoga, aerobik dan mendaki bukit.

Tiada makanan yang mengandungi gula diambil olehnya serta menjamah makanan dalam kuantiti yang sedikit. Dia juga tidak mengambil makan selepas jam 7 malam.

Foto: IG Bila AF
"Bulan pertama saya amalkan senaman dan diet memang sukar tetapi hasilnya amat berbaloi. Saya masih makan macam biasa cuma dalam kuantiti sedikit selain tak makan selepas pukul 7 malam.

"Kebiasaannya rutin senaman saya bermula seawal 9 pagi dan sebelah petang saya buat aktiviti luar seperti berjoging dan mendaki bukit," katanya.

Dia juga mempunyai sasaran untuk mendapatkan berat sehingga 70kg dan menyukai kehidupan sihat yang diamalkannya sekarang. Ia banyak membantu diri Bila terutamanya dari segi stamina ketika mengadakan persembahan.

"Kulit wajah saya pun semakin bersih sebab setiap hari sekurang-kurangnya saya akan minum dua liter air kosong.

"Badan rasa ringan sangat. Dulu nak solat pun susah sebab perut terlalu besar tetapi Alhamdulillah sekarang lebih senang melakukan ibadat," ujarnya.

Foto: IG Bila AF
Dia sangat gembira kerana secara tidak langsung turut menjadi inspirasi kepada orang lain untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Keluarganya juga menyokong perubahan ini dan bersama-sama melakukan aktiviti senaman.

"Kalau di Instagram ramai pengikut yang menghantar mesej bertanya mengenai teknik dan diet yang saya amalkan untuk kurus dan saya gembira dapat berkongsi perkara itu dengan orang lain.

"Paling seronok keluarga pun juga turut berubah mengamalkan hidup sihat dan saya sekarang jadi pengawal bagi mengawasi mereka termasuk soal pemakanan sihat di rumah," katanya.

Bagus Bila! Teruskan usaha untuk mendapatkan tubuh badan yang diimpikan. Boleh jadi motivasi kepada orang lain. - CARI
9

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MH3707 22-3-2018 03:44 PM
still hodoh....
Quote MH3707 22-3-2018 03:45 PM
rupa takde tokoh jadi artis...jadi maid sesuai...
Quote MH3707 22-3-2018 03:45 PM
takpun jadi extra drama jadi tukang cuci jamban..
Quote biskut_milo 22-3-2018 03:47 PM
Still has a longgg way to go.
Quote BoongaKertas 22-3-2018 03:52 PM
hrp sheols istiqomah dlm perjalanan ini. diharap juga jgn lah sheols give up lepas berat jadi statik nanti.
Quote prettyuglybabe 22-3-2018 03:57 PM
tahniah... teruskan usaha nak kurus dan sihat..
diet and workout untuk kurus walaupun lambat, is much better dari buat operation or makan ubat entah apa-apa untuk kurus cepat..
pedulikan mulut-mulut yang mengutuk tu..
dorang pun bukannya lawa sangat
Quote prettyuglybabe 22-3-2018 03:58 PM
and nanti dah kurus jangan pakai baju ketat-ketat ye..
cari lah saiz yang padan dengan badan
Quote mandak20 22-3-2018 03:59 PM
Ni la yang bagus. Good job bila. Keep inspiring.

Yang produk2 acah2 boleh kuruskan badan tu ambil la retis2 besar jadi duta. Kalau betul boleh dapatkan badan yang sihat, baru la orang percaya. Ni ambil orang yang memang kurus. Tapi produk Enot tu gitu2 jer sampai sekarang.
Quote Lorra2411 22-3-2018 04:00 PM
wahhh, kudos to her
Quote aleesyasofia 22-3-2018 04:06 PM
hrpnya iolss pon brsemangat mcm sheolss..
Quote manehnya 22-3-2018 04:07 PM
yg penting kurus utk sehat bkn sbb nk pakai seksi seksa naa
Quote cmf_premierleag 22-3-2018 04:23 PM
sama jah akak tgk mcm dulu
Quote mamapea 22-3-2018 04:27 PM
manehnya replied at 22-3-2018 04:07 PM
yg penting kurus utk sehat bkn sbb nk pakai seksi seksa naa

setuju...kebanyakan bila dh kurus baju pun makin ketat & singkat...
Quote myakayina 22-3-2018 04:30 PM
adalah kurus sikit aku tengok..teruskan usaha dik..
Quote whadda 22-3-2018 04:32 PM
nampak la sikit.. cuba kurus abeh2 baru viralkan macam anak buah faizal hussein dulu
Quote mummydarling 22-3-2018 04:34 PM
keep going..mummy pon tak mampu
Quote LipasComel 22-3-2018 04:35 PM
go go go bila!! boleh lagi turun tu. aim body lawa mcm victoria secret punya model. wahaha
Quote pngky 22-3-2018 04:37 PM
terus kan usaha Bila
Quote mixed 22-3-2018 04:37 PM
good job dikk

persetan semua acik bawang tu

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045924 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top