Anda peminat drama bersiri Korea? Mesti terliur melihat menu yang dinikmati oleh pelakon-pelakon K-Drama ini. Ada yang dipanggang, direbus, atau dimakan bersama sos-sos yang menggiurkan, rasanya ramai yang ‘geram’ untuk turut sama menikmatinya kan? Jadi, mana nak cari makanan Korea ni? Portal makanan popular, Eatigo telah menyenaraikan 8 lokasi restoran di Lembah Klang yang harus anda cuba dengan senarai harga berpatutan. Jom semak! 1) The street café/ K Street Restoran dua tingkat ini memaparkan stail café di tingkat bawah manakala untuk pengunjung yang lebih ramai boleh terus ke tingkat atas. Yang menariknya, restoran ini kerap menjadi tumpuan peminat K-pop. Menunya pula berpatutan dengan harga seperti chicken popcorn RM10, Seafood Sundunu Jjigae RM15.90, Bulgogi pot rice set RM26.90. 2) Mido Nak makan apa? Korean BBQ atau masakan stew? Boleh nikmati di Mido yang reka bentuk restorannya menyamai rumah Korea dengan pintu besar bagi setiap ruang. Malahan ada dua tingkap yang menutup ruang hingga anda takkan nampak orang lain di ruang sebelah. Jadi lebih tertutup lah. Bulgogi antara yang istimewa di sini dengan diperap bersama perisa asli, sayuran, cendawan serta mihun Korea dalam rebusan tulang lembu. Pasti anda tak toleh kiri kanan ketika menikmatinya. 3) BBQ chicken Malaysia Dinobatkan pilihan restoran ayam nombor 1 di Korea, BBQ Chicken ini adalah singkatan kepada ‘Best of Best Quality’. Jadi, anda pun kenalah cuba untuk tahu mengenai kesedapan menu Korea ini. 4) Impressoul Gastrology Ada tawaran terbaik di sini, tiram hidup yang dihidangkan dengan perahan lemon serta kepedasan sos Tabasco. Sangat segar hinggakan anda boleh menghabiskannya dalam satu hirupan sahaja. 5 keping tiram hanya dengan RM60 sahaja. 5) Mr.Dakgalbi Wow! Dengarnya restoran ini ada 21 cawangan di seluruh Malaysia. Nampak sangat ramai peminat K-Drama di sini. Jadi kalau nak merasa ‘Spicy Dakgalbi chicken’ dengan resipi rahsia dari Korea, anda harus ke sini ya. Antaranya ialah di Sunway Pyramid Shopping Mall, Citta Mall, Bukit Bintang dan lain-lain. 6) Gangnam Station Nak rasa makanan Korea dalam harga bajet? Anda boleh cuba value lunch Bulgogi (daging) Dubap, Nakgi (sotong) Dubap & Godeungeo (ikan) dubap yang didatangkan dengan 2 menu sampingan, minuman dan potongan buah pada hari tertentu iaitu Rabu & Sabtu, Khamis & Jumaat, Isnin & Selasa. Paling istimewa semua bermula dengan harga RM13.90. Lagi syok, jika anda tak sempat ke sana, Gangnam Station juga menyediakan penghantaran dengan syarat-syarat tertentu. 7) Stonebowl Korean Cuisine
Rasai pengalaman moden yang diinspirasikan dari menu tradisi yang menawarkan daging terbaik dan buatan tempatan. Antara menu yang popular ialah dumpling, savory pancakes dan stew berempah yang didatangkan dalam mangkuk panas. Harganya pula cuma RM15.90 dengan tambahan menu sampingan dan teh hijau percuma. 8) Seoul Oppa Korean Seafood Shabu Shabu Restaurant Berbeza dengan restoran Korea lain yang menghidangkan barbeque, Seoul Oppa ini pula menawarkan aneka makanan laut buffet. Semuanya disediakan segar setiap hari oleh ketua chef yang didatangkan dari Korea. Jadi, ini senarai restoran halal yang harus anda cuba di Lembah Klang ya. - CARI |
8
Bagus |
9
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
21
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT