Apabila mengalami tulang patah, kebiasaannya pesakit akan pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Berbeza dengan segelintir individu yang lebih mempercayai rawatan alternatif misalnya pergi berjumpa 'bomoh tulang' untuk membetulkan tulang yang patah itu. Namun, adakah tulang itu benar-benar dirawat untuk sembuh ataupun dirawat dengan bantuan benda-benda ghaib seperti susuk contohnya? Seorang pelajar perubatan, Syazwan Basil telah berkongsi beberapa keping gambar X-ray tulang kaki yang telah patah di Twitter miliknya (@syazwanbasil) dan gambar tersebut menunjukkan di dalam kaki pesakit tersebut telah dimasukkan susuk.
Menurut Syazwan, sebelum ini pesakit berkenaan ada pergi mendapatkan rawatan dengan bomoh tulang dan besar kemungkinan susuk tersebut telah dimasukkan bomoh terbabit dengan tujuan untuk menguatkan kaki tanpa memulihkan tulang yang telah patah itu. Syazwan turut memberitahu, dalam kes seperti ini kebiasaannya doktor akan membiarkan jarum susuk tersebut kerana ia berada terlalu dalam di bahagian otot dan agak mustahil untuk mengeluarkannya dengan pembedahan biasa. Perkongsian Syazwan mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata berasa takut dengan rawatan seperti itu kerana umum tahu, untuk mengeluar susuk bukanlah satu perkara yang mudah. Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan bomoh tulang, fikirkan masak-masak. Lagipun, dalam Islam boleh jatuh hukum khurafat jika kita mempercayai benda-benda tahyul seperti susuk dan bomoh ini. Berhati-hatilah.- CARI
|
11
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
17
Sedih |
11
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kimchipedas replied at 19-3-2018 09:33 PM
Pestime dgr ni selalunya utk bg cantik ja ni utk bg kuat kaki pun ada
myakayina replied at 19-3-2018 04:59 PM
susuk ni kat mana pun boleh letak..pernah dengar someone cerita kat gigi pun boleh letak susuk..aku ...
LautBiru52 replied at 19-3-2018 09:57 PM
Cerita pasal susuk, pernah terbaca dlm forum ni jugak rasanya. Pengusaha salon muka tanam susuk dlm ...
jazaa100 replied at 19-3-2018 09:49 PM
klu lelaki, utk kuat....selalu kat tgn, kaki...
tapi ada jugak kat dada....
so, bila tgok kat f ...
LautBiru52 replied at 19-3-2018 09:57 PM
Cerita pasal susuk, pernah terbaca dlm forum ni jugak rasanya. Pengusaha salon muka tanam susuk dlm ...
noell replied at 19-3-2018 11:07 PM
jenuh la besok nak mati kena buang satu bumbong tapi kalo depa dok flat??
mizzmimi replied at 19-3-2018 10:10 PM
Kat p*p*k pun boleh letak dek..
ADVERTISEMENT