CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tip Anda Boleh Cuba Untuk Hindar 'Jet Lag' Persis Pramugari

22-3-2018 10:52 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 4169| Komen: 6|Original author: Oleh: Faizal

Penat, mengantuk, dan keletihan. Pernah anda alami gejala seperti ini ketika anda tiba di sesebuah destinasi selepas perjalanan yang panjang menggunakan pesawat? Inilah jet lag. 


Kredit foto: Google

Secara saintifiknya, jet lag adalah perasaan lelah dan bingung (confusion) selepas menaiki pesawat dengan lama. Ianya disebabkan oleh tubuh badan kita tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran zon masa yang baru. 

Bagi yang pernah merasa jet lag, ia pasti mengganggu pola tidur anda kan? Yela, bila ada perbezaan waktu berlaku antara dua tempat, kita akan rasa agak bingung. 

Mungkin waktu di Malaysia tengah malam, tetapi sampai-sampai sahaja di tempat yang dituju baru tengahari. Tak kan nak tidur tengahari buta kan?


Kredit foto: Google

Sebenarnya jet lag boleh dicegah ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan risiko terkena jet lag. Jom cuba beberpa tip ini:

Tetapkan masa mengikut destinasi anda

Jika anda menaiki pesawat, set jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, jika jam anda menunjukkan waktu tidur, paksa diri untuk tidur walaupun agak susah. Begitu juga jika waktu makan sudah tiba, sila makan jangan tangguh-tangguh. 

Banyakkan minum air

Anda harus banyakkan meminum air masak. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari walaupun anda tidak rasa haus. Kelembapan udara di dalam kapal terbang akan membuatkan tubuh kekurangan cecair. Amatlah penting untuk menambah cecair didalam air agar anda tidak kelesuan dan kekal cergas.

Jauhi kafein dan makan berlebihan

Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau beralkohol sebelum penerbangan. Jika anda beranggapan kafein dapat membuatkan anda terjaga lebih lama, hakikatnya ia akan membuatkan anda sering bangun ketika mahu tidur. Jika anda dihidangkan makanan, pilih menu yang tinggi protin kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.

Foto Google

Ambil udara dan bersiar-siar

apabila tiba di destinasi yang dituju, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.

Ramai juga yang beranggapan untuk memilik tiket penerbangan pada waktu malam supaya anda boleh tidur sahaja di dalam penerbangan berbanding waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda. Yang pasti, anda tidak terlepas momen-momen indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugara boleh atasi jet lag, anda juga boleh! - CARI 
24

Bagus
28

Marah
13

Terkejut
28

Sedih
19

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 22-3-2018 11:31 AM
2 liter setiap jam? Banyaknya. Orang 2 liter tu sehari kot
Quote Artemesiaa 22-3-2018 11:35 AM
Selain tu kalau terbang ke arah timur elok tiduk je dalam perjalanan, tapi kalau ke arah barat tak mengapa kalau pilih tak berapa nak tidur sangat.
Quote CiliPadiSedap 22-3-2018 12:03 PM
Nak elak jet lag makan acik bawang
Quote syidasaleh 22-3-2018 01:52 PM
2 liter setiap jam?omaii dah la toilet bau mmg tak best satu kerja nak g toilet jeee
Quote cairel_azlie 26-3-2018 05:34 PM
makan pil tidur jer bila first day kat negara tu...esoknya ok dah..hehe
Quote korokure 26-6-2018 08:26 AM
sini pun ada tips untuk reduce jetlag. harap dapat membantu
https://www.malaysiatravelforum. ... ssions/1584-jet-lag

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.059281 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top