CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibubapa Terkorban, Anak 4 Bulan Terselamat!

3-9-2013 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7826| Komen: 57


KEADAAN sebuah kereta Perodua Kancil yang terlibat kemalangan dan meragut tiga nyawa di Jabi dekat Besut, Terengganu kelmarin.

BESUT , 3 September – Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang dari sambutan hari keluarga maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki bersama bayi mereka dirempuh sebuah van di Kilometer 88, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Gong Penaga, Jabi di sini kelmarin.


Dalam kejadian pada pukul 2.50 petang itu, Rubiah Ismail, 37, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang juga pemandu kereta, Jefri Othman, 38, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besut.


Anak tunggal pasangan itu Mohd. Iqbal Jefri, empat bulan, yang patah tangan kanan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan.


Kemalangan itu turut mengorbankan pemandu van Nissan Venette, Ng Piah Huat, 67, yang disahkan mati dua jam kemudian di Hospital Besut.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keraskhejong 3-9-2013 07:23 AM
harap anaknya selamat n sihat....

takziah
Quote mrsrezza 3-9-2013 07:25 AM
Takziah..

Jln ni keta mmg laju2..so berhati2lah ketika memandu..
Quote Gegancu 3-9-2013 07:40 AM
cilaka lu kapir
Quote janvan 3-9-2013 07:43 AM
siann, wife umur 37 thn, husband 38 thn, anak umur 4 bulan, misti dah sepuluh tahun tunggu nak dapat baby last2 lps 4 bulan meninggal...
Quote bianglala 3-9-2013 07:52 AM
memotong double line ke van tu..

kesian budak tu.. kecil-kecil lagi dah tak ada emak ayah.
Quote DeMax 3-9-2013 07:54 AM
mrsrezza posted on 3-9-2013 07:25 AM
Takziah..

Jln ni keta mmg laju2..so berhati2lah ketika memandu..

Suratan takdir sesape pun takleh elak
Quote benzo33 3-9-2013 08:00 AM
Al-Fatihah. Ini salah satu kisah daripada ratusan kisah2 sedih akibat kemalangan jalan raya.
Quote fatehana 3-9-2013 08:01 AM
Takziah buat family dan alfatehah buat arwah
Sian kt baby yg kehilangan ibu bapa dan menjdkan dia anak yatim piatu
Quote Bell 3-9-2013 08:04 AM
Nisan vanette, kancil - locally assembled. Itu lah nasib rakyat Malaysia. Kalau VW rasanya takkan jadi mcm nie. UAI accident aritu Golf dia kemek skit jer. Iswara yg dia langgar renyuk mcm kertas
Quote mute 3-9-2013 08:04 AM
4 bulan, kesiannyer...harap keluarga terdekat dapat bele si anak dengan baik, alfatihah...
Quote haryatie 3-9-2013 08:26 AM
sian baby tu..
da takdir nya begitu..
smoga dia akn menjd ank yg soleh..
Quote rokiah_sisip 3-9-2013 08:30 AM
salam takziah.... kesiannya.. semoga anak nya di jaga dgn baik oleh kaum keluarga arwah...
Quote mybluegetz 3-9-2013 08:38 AM
perodua kancil mmg ik dan bahaya.

Impak kelajuan tinggi skit jer dan cukup bahaya

Al fatihah
Quote Pikir 3-9-2013 08:42 AM
bianglala posted on 3-9-2013 07:52 AM
memotong double line ke van tu..

kesian budak tu.. kecil-kecil lagi dah tak ada emak ayah.

mcm kancil tu je potong dabel line....kancil kat lorong kanan kan
Quote acuz 3-9-2013 08:48 AM
al-fatihah & takziah...
siannyer bby tu...sama umur ngn anak aku...
kalau bby tu minum susu ibu  mesti die tcari-cari susu emak dia
Quote harimau76 3-9-2013 08:49 AM
mmg kesian sgt kat baby tu.. semoga dia besar kelak menjadi anak yg soleh dan dpt membahagiakan kedua ibu bapa dia di 'sana'... Takziah kpd keluarga...
Quote tipuware 3-9-2013 09:02 AM
kesiannya baby tu.. cam kes accident beberapa tahun lepas, yg ayah dia bawa kete evo, accident kat highway juga. baby tercampak keluar tapi umur masih panjang. cuma parents dua2 terkorban. dah la baru selesai majlis akikah
Quote Suchi 3-9-2013 09:09 AM
bapak ngn mak dah agak berumur sama ada dorang kawen lewat atau dah lama kawen baru dikurniakan anak..
sedihnya anak sekecil itu telah menjadi yatim piatu
kalau satu famili terus meninggal pun lagi sedih
hilang sudah takde lagi keturunan mereka..ishhh sedih betul lah
semoga baby tu dijaga dengan baik oleh penjaga dia..
Quote nicuya 3-9-2013 09:12 AM
org besut mmg ske memecut...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.080981 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top