Susulan isu kontroversi yang lepas, Sherry Ibrahim sudah pun memaafkan pihak yang cuba membuat provokasi terhadap dirinya. Walaupun pada mulanya berang disebabkan perancang perkahwinan itu mengaitkan namanya dengan pasangan Fattzura, namun Sherry tidak mahu memanjangkan isu tersebut. Melalui Instagram, Sherry sudah memberi maaf walaupun tiada bukti yang mengesahkan akaun tersebut telah diogodam. "Kami telah berbincang mengenai perkara ini baru-baru ini dan pihak tersebut telah memberikan penerangan kepada Sherry bahawa akaun mereka telah digodam. "Namun, secara personal tiada sebarang bukti kukuh untuk mengesahkan kejadian itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui. "Tidak kiralah sesiapa pun yang telah menulis komen di akaun Instagram Sherry, perkara ini telah menimbulkan provokasi kedua belah pihak Sherry dengan pengikut di kedua belah pihak. "Dengan ini, Sherry dengan hati yang terbuka memaafkan pihak yang telah mencetuskan perkara tersebut dan juga pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkara ini," tulisnya menerusi Instagram. Baguslah begitu. Jadi profesional sahaja, tak perlu layan perkara-perkara negatif. Betul tak? -CARI |
8
Bagus |
17
Marah |
1
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT