CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

51 Biji Pisang Sehari Untuk Kurus - Wanita Ini Ada Kisah Sedih Di Sebaliknya

19-3-2018 02:54 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4092| Komen: 19|Original author: Oleh: Azza Rai

Apa yang anda faham mengenai diet?
Jadi, dah cuba sampai berjaya ke belum?

Jika belum, ia bukan bermakna anda gagal, tapi mungkin belum diasak sebegitu rupa dalam kehidupan.
Anda mungkin boleh mengambil inspirasi dari Youtuber ini yang kisah peritnya membuatkan dia tekad untuk kurus.


Freelee the banana girl’, youtuber dari Australia ini menunjukkan videonya cara menghabiskan 51 biji pisang dalam sehari. Hebatnya ialah berat badannya bukan sahaja turun 18kg malah Freelee kembali langsing dan kempis perutnya hanya dengan amalan tersebut.

Ya, bukan senang tapi nak sihat memanglah kena jaga pemakanan kan?

Mungkin orang melihat dia senang untuk menurunkan berat badan tapi menurut Freelee, dia terlalu obses dengan makanan segera sejak berusia 16 tahun lagi hinggakan beratnya naik 10kg dalam masa beberapa bulan sahaja.

Dia kemudiannya bercinta dengan pengedar dadah lalu menjadikan ecstasy dan kokain sebagai peneman hidup. Hinggalah beratnya turun drastik 22kg sekaligus mengidap aneroxia nervosa dan bulimia.

Hidupnya tunggang langgang, menjadi pesakit ‘candida’ menyebabkan muka, badan dan dadanya penuh dengan penyakit kulat. Selain itu, masalah penghadamannya juga semakin kronik, keletihan kritikal dan masalah kemurungan.



Sehinggalah pada tahun 2006, Freelee berhenti mengambil alkohol lalu menggantikan dengan kopi. Setahun kemudian dia menjadi ‘vegetarian’ lalu menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama.

Dalam videonya, Freelee menunjukkan yang dia mampu habiskan 20 biji pisang yang dikisar dengan air kelapa dan setitis vanilla sebagai perisa.

Banyak yang dikongsi Freelee seperti tip mengisar pisang agar jus tidak cepat rosak, bergilir-gilir memakan 2 biji nenas, 5 biji mangga atau 2 liter jus limau setiap hari dan pelbagai lagi tip sihat.

Semua foto: carian internet
Mungkin ada yang menganggap diet yang diamalkan Freelee tidak seimbang, namun hanya dia yang tahu tentang badannya.

Jadi, bagaimana? Dapat sesuatu yang berguna dari cerita ini? Ya! Big Why anda adalah penentu sama ada anda boleh kurus atau tidak. - CARI 

7

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 19-3-2018 03:14 PM
fuhhhh...terliur pulak tengok mcam2 buah tu..
Quote CiliPadiSedap 19-3-2018 03:22 PM
campur aiskrim vanilla tu mmg betul sedap. nyum nyum..
Quote salmon-suki 19-3-2018 03:46 PM
51/day???mcm xlogic je...............
Quote zameyla 19-3-2018 03:52 PM
tak lalu aku nak minum pisang yang diblend..
makan sebijik2 ok lagi...
Quote nazzse 19-3-2018 03:59 PM
Nak jgk semua buah & sayur tu..i rela je mkn buah & sayur je hari2, sedap kot
Quote grizz 19-3-2018 04:06 PM
eeuww..gigih lak nk abiskn segelas air pisang camporan tu..
Quote saviour_09 19-3-2018 04:35 PM
air pisang no thank you
makan sebijik camtu ok lagi
tapi bukan la sampai setandan

cam boghuk yooo
Quote zeed 19-3-2018 04:42 PM
Pisang beku blend dgn susu sedap oi..smoothies gitu..nyum..nyum..nyum..
Quote kimchipedas 19-3-2018 09:27 PM
Uiih sedapnya aku bole mkn kalo ada semua camtu kat sini dgn harga yg berpatutan la
Quote Tapayana 19-3-2018 09:48 PM
makan buah buahan tu bukan vegetarian tu fruitarian. kat youtuber pun bercambah fruitarian ni. mcm akaun sweet natural living, tedd car dan kat ig ada fit shortie eats yg mastautin kat indon dan suka makan buah buahan tropika.  
Quote Tapayana 19-3-2018 09:50 PM
kimchipedas: Uiih sedapnya aku bole mkn kalo ada semua camtu kat sini dgn harga yg berpatutan la


buah kat msia ni kira murah jgk la. kalau timbang pun harga biasa dpt 6-8 ringgit per plastik. nak murah beli kat psr malam. selonggok rm5 je tp kena abes cepat la sbb buah dia tak berapa bagus tak tahan simpan lama
Quote noell 19-3-2018 11:17 PM
kalo just makan buah2 tempatan mcm  durian langsat manggis rambutan pulasan dokong etc bole kurus tak??

buah2an import neh mahal sgtla dah la tak dpt brim
Quote Jorja 20-3-2018 01:18 AM
fat to fit
Quote mieymiey 20-3-2018 10:53 AM
I pun takleh minum pisang yang diblend.
Kalau makan, boleh jer.
Kalau blend memacam buah tapi ada rasa pisang, terus takleh minum.
Quote emariesadnan 24-3-2018 10:21 PM
nice diet
Quote che-cikL 24-3-2018 10:24 PM
Pisang mahal ooo kat Australia. Kalu kat Coles tu pisang nya tak berapa masak tu pun berapa dollar sebiji, bukan jual pakai sisir.
Quote mommymonster82 24-3-2018 10:47 PM
Dari cerita namapknya dia ni sejenis yg obses..
Buat apa2 obses..
Tgkla lepas dia boring dia nak buat apa pulak
Quote PU-ndan 4-11-2018 10:04 AM
scary makan buah import ciner ni. akak rela singgah tepi jalan beli pisang org asli jual nok.

teruk sgt pesticide farmers diorang pakai skrg ni.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039932 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top