Buta secara tiba-tiba dua minggu sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menjadi penghalang bagi Khairulimran Adam, 18, untuk mendapat A dalam semua lapan mata pelajaran yang diambil.
Berita Harian melaporkan, dia terpaksa menggunakan khidmat jurubaca dan jurutukus yang disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan mata buta. Khairulimran berkata, "Alhamdulillah. Saya tidak sangka dapat keputusan cemerlang. Ini semua berkat pertolongan keluarga, guru dan rakan saya. Guru dan rakan banyak membantu dengan memberi nota rakaman suara dan video menerusi aplikasi WhatsApps dan Telegram." "Ketika peperiksaan, saya dibantu oleh pengawas peperiksaan yang akan membacakan soalan kepada saya serta menuliskan jawapan bagi setiap soalan.
"Saya menghadapi cabaran ketika menjawab soalan karangan. Agak susah bagi saya kerana kadang-kadang saya bercakap laju dan membuatkan pengawas kurang faham dan sukar untuk menulis ayat yang saya mahu. "Kadang kala saya berhenti agak lama untuk mengingat kembali idea sehingga lupa apa nak jawab. Saya reda dengan keadaan saya dan saya sentiasa percaya bahawa Allah yang menolong saya." Selepas ini Khairulimran berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan mencapai cita-cita sebagai seorang pensyarah. -CARI
|
15
Bagus |
23
Marah |
11
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT