CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalut Nak Lari, GRO Salah Masuk Kereta Imigresen

15-3-2018 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3709| Komen: 16

Description: Dalam kekalutan ingin melarikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah, pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand tidak menyedari tersalah masuk ke dalam sebuah Perodua Kembara milik angg ...
Dalam kekalutan ingin melarikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah, pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand tidak menyedari tersalah masuk ke dalam sebuah Perodua Kembara milik anggota jabatan berkenaan.


Harian Metro melaporkan, wanita lingkungan usia 20-an itu bertindak melarikan diri sejurus kafe di Sungai Petani diserbu penguat kuasa imigresen.

Melihat kenderaan itu mengekorinya dari belakang, wanita itu nekad melompat masuk ke dalamnya dengan harapan dapat menumpang untuk meloloskan diri.

Malang nasibnya, sangkaannya itu meleset apabila kenderaan berkenaan sebenarnya milik anggota yang tidak diletakkan logo imigresen.

Selain wanita itu, 17 GRO lain turut ditahan dalam serbuan di dua premis pusat hiburan berasingan dalam serbuan Op Gegar di Sungai Petani dan Kulim, bermula jam 12 tengah malam, kata Pengarah Imigresen negeri Zuhair Jamaludin.


Foto: Harian Metro


Kesemua mereka merupakan warga Thailand dan Laos berusia antara 23 hingga 40 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan sosial untuk bekerja di premis hiburan.

“Di lokasi pertama di Jalan Pondok Labu, Kulim, lapan wanita warga Thailand dicekup ketika leka berhibur sambil melayan pelanggan masing-masing tanpa menyedari kehadiran penguat kuasa imigresen.

“Kemudian, di lokasi kedua di Sungai Petani, kami menahan lapan wanita warga Thailand dan dua wanita warga Laos apabila tiga daripada mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang sehingga mencederakan diri sendiri akibat terjatuh,” katanya.

Mereka akan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - CARI
18

Bagus
23

Marah
23

Terkejut
22

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 15-3-2018 04:13 PM
Ini semua naseb ya aunty
Quote moonbug 15-3-2018 04:14 PM
Senang tak payah nak kejar
Quote haryatie 15-3-2018 04:22 PM
adoiiii...kelakar
Quote saviour_09 15-3-2018 04:28 PM
lari mulut rimau masuk mulut buaya
ni la dia
Quote mizruncing 15-3-2018 04:33 PM
Quote prettyuglybabe 15-3-2018 04:40 PM
hahahaha.. tak payah abam imig berpeluh berlari nak kejar..
Quote orgsepang 15-3-2018 04:50 PM
Selepas baca berita sedih ini memang lawak dan melegakan
Quote airmineral 15-3-2018 05:02 PM
kesian dan kelakar.hahaha
Quote kucen_miang 15-3-2018 05:04 PM
hahahahahah yg ni mmg boleh gelak besar
Quote Jorja 15-3-2018 05:13 PM
Pkerja haram sendiri masuk kereta pegawai imi pun masalah tak pandai selesai juga
Quote LautBiru52 15-3-2018 05:46 PM
Hahahaha..ntah hape2
Quote Artemesiaa 15-3-2018 05:50 PM
Acah confident boleh lepas kantoi juga akhirnya
Quote raihaneem 16-3-2018 07:21 AM
Tergelak aih...punya gelabah...main naik ja.
Quote precious_chicas 16-3-2018 08:33 AM
Mujur juga lelaki tu tak terus bawak balik rumah hehe
Quote mieymiey 16-3-2018 10:51 AM
Serah diri sendiri
Quote sukacactus 16-3-2018 07:06 PM
Hahaha...wrong move!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051305 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top