CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajib Ubah!! 5 Tabiat Buruk Ini Jika Mahu Jimat Minyak Petrol Anda...

15-3-2018 03:02 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 5172| Komen: 17|Original author: Oleh: Amiey

Ramai yang merungut dengan harga petrol atau minyak kereta yang kerap naik. Mereka yang duduk di kawasan bandar dan terpaksa melalui jalanraya yang sesak setiap hari adalah antara yang paling terkesan dengan kenaikan harga minyak ini. 




Ekoran itu, ramai peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk bagi penjimatan minyak yang diragui keberkesanannya seperti 'sticker' jimat minyak. Ramai yang geram dan rasa tertipu setelah mencuba produk-produk ini namun kadar penggunaan minyak masih sama seperti sebelumnya. 

Gambar Hiasan
Walaupun pelbagai tips sudah dikongsi cara untuk menjimatkan minyak, namun masih ada yang tidak sedar atau buat tak tahu yang sikap dan tabiat buruk yang diamalkan mereka dalam penjagaan kereta sebenarnya yang telah menyebabkan minyak atau petrol dalam tangki kering dengan cepat.

Melalui Pen Hitam, kami kongsikan 5 tabiat buruk yang sering dilakukan oleh pemandu tanpa sedar:
 
1. Tidak Isi minyak ‘Full tank’
Ruang kosong di dalam tangki kereta boleh memberi ruang kepada proses evaporasi untuk berlaku, seterusnya menyebabkan pembaziran petrol kerana wap-wap gas dalam tangki boleh terkeluar dari kereta.

2. Mengabaikan Tekanan Angin Pada Tayar
Tekanan tayar yang sempurna boleh memberikan lebih kilometer untuk setiap titisan petrol anda. Tekanan tayar yang tidak sempurna boleh menyebabkan kereta memerlukan lebih tenaga untuk bergerak. Seeloknya periksa tekanan angin pada tayar sebulan sekali.
Foto: Carian Google

3. Kerap Tekan Pedal Minyak Sampai Habis
Lebih kuat anda tekan pedal minyak, lebih cepat petrol habis. Jadi untuk menjimatkan petrol, biarkan kereta anda memecut secara natural. RPM yang terbaik untuk penjimatan adalah antara 2,000 – 2,500. Jika lebih, ia mungkin boleh menyebabkan pembaziran tenaga.

4. Buka Tingkap Ketika Memandu
Menurut jurnalis automotif, Christopher Neiger, memandu pada kelajuan 88km/j sambil membuka tingkap boleh menyebabkan penurunan 20% atau lebih terhadap keberkesanan pembakaran petrol. Jadi, gunakan aircond ketika memandu pada kelajuan ini.

5. Parking Kenderaan Di Bawah Cuaca Terik
Apabila kereta diletakkan di bawah sinaran terik matahari, akan berlaku proses evaporasi di dalam tangki petrol sehingga menyebabkan hawa-hawa gas petrol terkeluar dari kereta.

Foto: Carian Google

Selain itu, pastikan penutup petrol diputar sehingga kemas supaya gas petrol tidak terkeluar dari tangkinya.

Minyak hitam dan penapis udara yang kotor juga boleh menyebabkan petrol lebih cepat habis. Oleh itu, pastikan kereta diservis pada jadual yang ditetapkan.

Foto: Carian Google

Mudah sahaja kan? Kadang kala kita tidak mengendahkan perkara kecil sebegini namun impak dia agak besar kepada perbelanjaan harian kita. Sama-samalah kita ubah sikap ye. -CARI
12

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 15-3-2018 03:06 PM
semua betul kecuali no.1
Quote jazaa100 15-3-2018 04:11 PM
Aku suka tempat parking yg sediakn space 1-2kaki utk pintu keta sebelah....kekdg ada bimbo yg parking sebelah keta rapat sgt sampai kita nk masuk pun susah...yg doa tau, bhg dia lapang utk dia kuar masuk....
Quote missinpiece 15-3-2018 05:42 PM
Edited by missinpiece at 15-3-2018 06:06 PM

Terpaksa la dah umah n tempat keje iols parking kat open space. Yg tekan pedal smpai habis tu iols selalu jumpa kt area tol. Org berhati2 pilih lane, dia kalau boleh nak terbang
Quote missinpiece 15-3-2018 05:44 PM
Edited by missinpiece at 15-3-2018 06:06 PM

Double post
Quote Artemesiaa 15-3-2018 06:03 PM
Parking kat open space area memang susah nak dielakan sekarang ni sebab dah makin kurang kawasan pakir berbumbung
Quote pearl.silver 15-3-2018 07:18 PM
Klu minyak enjin dah dkt2 time servis mmg mentekedaroh minyak la..
Lepastu i prefer isi minyak kat petron
Terasa jimat gila minyak dia
Ataupun saja perasan i je
Quote kivio 15-3-2018 08:19 PM
Start nak baca, baru tengok point no 1 dah bullshit, so sampah.
Quote supernaturalee 15-3-2018 08:30 PM
zulka: semua betul kecuali no.1

No 4 tu die srh buka aircond sambil  bkk tingkap?biar btl
Quote lonso 15-3-2018 09:40 PM
pearl.silver replied at 15-3-2018 07:18 PM
Klu minyak enjin dah dkt2 time servis mmg mentekedaroh minyak la..
Lepastu i prefer isi minyak kat  ...

kawan i pon kata gitu tp mmg betul ker???
Quote pearl.silver 15-3-2018 09:42 PM
lonso replied at 15-3-2018 09:40 PM
kawan i pon kata gitu tp mmg betul ker???

Minyak petron ke?
So far i memang perasan perbezaan nya dgn minyak lain
Quote edee_91 15-3-2018 11:25 PM
kivio replied at 15-3-2018 08:19 PM
Start nak baca, baru tengok point no 1 dah bullshit, so sampah.

aku pun rasa macam bullshit. ke ada siapa2 yang pakar boleh explain kelogikannya dalam terma teknikal?
Quote RatuDunia94 16-3-2018 12:10 AM
lonso replied at 15-3-2018 09:40 PM
kawan i pon kata gitu tp mmg betul ker???


Mmg ramai yg ckp minyak petron lbh jimat.. Even sepupu i yg expert pasal kereta pon suggest isi minyak petron.. Iols pon x tau betul ke x..
Quote paz 16-3-2018 09:11 AM
jazaa100 replied at 15-3-2018 04:11 PM
Aku suka tempat parking yg sediakn space 1-2kaki utk pintu keta sebelah....kekdg ada bimbo yg parkin ...

Baru-baru ni paz kena. Termenung jap nak pikir macam mana nak masuk kereta. End up masuk dari pintu sebelah, lompat lah ke drvier seat.

Tahap ignorance driver sebelah parking memang sangat-sangat horror.
Quote alesandra 16-3-2018 04:03 PM
kahkahkah..no5 aku ingat teori bodoh aku je...rupanya betul.lepas ni mmg gigih la cari parking kat tempat redup
Quote retnoel 16-3-2018 08:39 PM
Semua dah buat.. Harap mmg jimat..
Quote amyfiq 17-3-2018 11:58 PM
supernaturalee replied at 15-3-2018 08:30 PM
No 4 tu die srh buka aircond sambil  bkk tingkap?biar btl

taaakk
dia kata jangan bukak tingkap
Quote adeqbun 19-3-2018 08:34 AM
deym..opis aku paking space outdoor berpanas berhujan...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053197 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top