Selepas dua tahun bercinta, Zayn Malik dan Gigi Hadid mengambil keputusan untuk berpisah. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Zayn di Twitter. “Hubungan saya dan Gigi adalah sungguh bermakna, penuh kasih sayang dan menyeronokkan. “Saya hormat dan memuja Gigi sebagai seorang wanita dan rakan. Dia mempunyai jiwa yang luar biasa. “Saya berterima kasih kepada semua peminat kami yang menghormati keputusan dan juga privasi kami dan kami berharap berita ini akan datang dari kami terlebih dahulu,” tulisnya. Sementara itu, Gigi juga turut mengesahkan status hubungannya itu di Twitter. “Kenyataan tentang penamatan suatu hubungan cinta sering kali kelihatan kurang peribadi kerana tiada cara lain bagi mengambarkan pengalaman yang dialami oleh dua orang dalam masa beberapa tahun. “Bukan sahaja dalam suatu hubungan tetapi dalam kehidupan secara umum,” tulis beliau. “Saya menghargai cinta, masa dan pengalaman hidup yang telah saya kongsi bersama-sama Z. “Saya mahu yang terbaik buatnya dan akan terus menyokongnya sebagai kawan yang saya hormat dan sayang. “Dan buat masa depan, apa sahaja yang akan terjadi sememangnya akan terjadi." Dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan. Semoga mendapat pengganti yang lebih baik nanti. -CARI |
19
Bagus |
22
Marah |
16
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
amyza replied at 15-3-2018 03:21 AM
Gigi cantik senang2 je dapat bf baru. Perrie pun dah bahagia dgn bf footballer
jomZ replied at 16-3-2018 12:14 AM
kan...mesti terkinja2 si perrie tu.. tp lagu LM yg perrie putus tunang tu mmg sedap bebeno kat hal ...
ADVERTISEMENT