Rasanya semua dah sedia maklum Wany Hasrita baru-baru ini dimasukkan ke dalam hospital kerana dijangkiti Influenza B. Katanya semasa penyanyi ini dikuarantin, Khai Bahar ada datang untuk melawatnya. Walau bagaimanapun bila ditanya, Khai tidak mahu mengulas lanjut mengenainya. Kata Khai, melawat atau tidak itu adalah rahsianya. Biarlah rahsia, saya tidak mahu orang salah faham dengan kenyataan saya dan boleh mengundang fitnah. "Soal melawat atau tidak tidak perlu saya ulas lanjut," katanya kepada Astro Gempak. "Apa yang saya lakukan bersama kawan-kawan saya biarlah ikhlas, apabila sudah rapat dan selalu menghadiri acara bersama-sama, peminat nampak kami 'sweet'. "Kalau sebelum ini dengan Wany, baru-baru ini ada pula peminat cakap saya rapat dengan Ara Johari. "Apapun, saya tidak kisah digosipkan dengan sesiapa pun asalkan peminat-peminat saya gembira," katanya kepada Astro Gempak. Sebelum ini kedua-dua selebriti ini mula hangat diperkatakan bila mereka saling berbalas 'pick-up line' dalam rancangan televisyen CCTV. -CARI |
21
Bagus |
6
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
danieladam replied at 14-3-2018 06:19 PM
MAMpukah kembali lurus dek khai?
ADVERTISEMENT