CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pilihan Raya Yang Tidak Dimenangi Oleh Manusia, Haiwan Pun Boleh Jadi Datuk Bandar

14-3-2018 12:44 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 2360| Komen: 5|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Sistem demokrasi banyak dipraktiskan oleh pelbagai negara dalam dunia. Ia menuntut warga penduduk untuk memilih seorang pemimpin dari ramai calon yang telah dicadangkan. Pemimpin yang dipilih pula haruslah mengetuai komuniti tersebut dan berkhidmat kembali pada masyarakat. Namun bagaimanakah jika calon yang dipilih tadi bukan manusia? Ikuti kisah di bawah ini untuk ketahui benda apakah selain manusia yang bertanding dalam pilihan raya di dunia.


1. Pulvapies, bedak kaki

Sumber: givemeliberty01.com
Cerita ini ditempat pertama kami kerana ianya sangat pelik. Pada tahun 1967, sebuah pekan bernama Picoaza di Ecuador telah meletakkan sebotol bedak kaki berjenama Pulvapies sebagai datuk bandar mereka. Populasi di sana seramai 4000 orang telah ditunjukkan oleh pengeluar produk itu secara suka-suka mula berkempen untuk bedak tersebut. Siapa yang suka kerja-kerja mengarut ni kan? 


Pelbagai alat digunakan untuk berkempen, termasuklah iklan dalam majalah dan menyebarkan risalah bagi mendapatkan tempat sebagai ahli majlis tertinggi Kerajaan Tempatan mereka. Sangat mengejutkan apabila pilihan raya itu dimenangi oleh bedak kaki Pulvapies ini. Calon-calon yang tewas sangat tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka telah kalah kerana warganya sanggup memilih satu botol bedak untuk kaki berbanding mereka.

2. Si anjing, Bosco

Sumber: johnstaedler.com
Pada tahun 1981, Bosco Ramos dari keturunan anjing Labrador telah menyandang jawatan sebagai datuk bandar di salah satu pekan kecil di Sunol, California. Sebuah pilihan raya suka-suka diadakan di sana telah dimenangi oleh Bosco selepas menewaskan 2 calon lain. Hobinya suka meronda-ronda sekitar bandar dan sering mengetuai perarakan membuatkan ia popular di sana. Walau bagaimanapun Bosco meninggal dunia sekitar tahun 1994 ketika tidur dan para penduduknya membina tugu di hadapan sebuah pejabat pos. Legasinya tamat di situ, namun lagenda mengatakan anak-anaknya banyak berkeliaran di sekitar pekan.

3. Duke, si anjing

Sumber: dl-online.com
Di Cormorant, Minnesota mempunyai komuniti seramai 1000 orang telah memilih seekor anjing dipanggil Duke sebagai Datuk Bandar. Siapa sangka Duke telah menyandang jawatan itu selama 3 penggal. Para penduduk sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Duke sehingga pencalonannya tiada pencabar. Selain menghabiskan masa meronda sekitar pekan, Duke juga mempunyai seekor teman wanitanya bernama Lassie. Pada pilihan raya terakhir tahun 2016, Duke telah memenangi majoriti undian dengan hanya 1 undian diberikan kepada teman wanitanya.

4. Tiao, Si Monyet 

Sumber: spiegel.de
Tidak cukup dengan anjing, mari kita berkenalan dengan Tiao, si monyet. Walaupun gagal memenangi pilihan raya yang ditandinginya, Tiao seekor chimpanzi yang lahir pada tahun 1963 ini menetap di Zoo Rio de Janeiro adalah salah seekor calon datuk bandar Rio de Janeiro pada tahun 1988. Fungsi Tiao pada ketika itu adalah sebagai timbal balas kepada gerakan untuk merosakkan undi. Tiao mendapat kedudukan ketiga daripada 12 orang calon selepas meraih undi sebanyak 400 ribu undian. Guiness World Records sendiri mengiktirat Tiao sebagai chimpanzi yang paling banyak meraih undi di dunia. Pada tahun 1996, Tiao meninggal dunia selepas kena kencing manis pada usia 34 tahun dan disambut dengan 3 hari berkabung. Sedih betul mereka.

5. Boston Curtis

Sumber: vanillamagazine.it
Siapa sangka pada tahun 1938 di Amerika, seekor keldai telah diletakkan sebagai calon pilihan raya di Milton, Washington. Memenangi kerusi pilihanraya sebanyak 51 undi, ia menjadi kemaluan besar kepada parti Republikan kerana ia adalah bukti yang mengatakan bahawa para pengundi hanya mengundi mengikut parti tanpa mengira siapa calonnya. Datuk Bandar kepada Milton, Kenneth Simmons bertanggungjawab ke atas kejadian ini. Beliau merupakan ahli parti Demokratik yang mahu rakyat perhatikan kelemahan yang ada pada sistem pilihan raya di sana disamping memalukan parti Republikan. Beliau sendiri membawa Boston si keldai untuk mendaftar di mahkamah dengan cop jari kaki diguna untuk menandatangani pelbagai dokumen.

Lepas ini, jangan undi keldai dan pilih betul-betul calon wakil rakyat anda! -CARI
11

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 14-3-2018 03:30 PM
Tiao, Si Monyet ??
Quote kikuri 14-3-2018 04:42 PM
omeynya bosco dengan duke.... tapi bosco sempat lagi mencretttt pewaris
Quote LautBiru52 14-3-2018 06:32 PM
Bedak kaki?? Hahahahahahaha
Quote kimchipedas 14-3-2018 09:36 PM
Aloloo comel la datuk bandar semua ni
Quote saladin780 15-3-2018 09:15 AM
baru tau..kaki pon ada bedak rupanya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.168790 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top