Bumi makin tua. Jadi, apa yang ada di muka bumi ini ada tarikh luputnya. Maklumlah dengan perubahan iklim yang tidak menentu serta tangan-tangan manusia yang ganas, maka ada destinasi cantik mungkin terhakis, lama kelamaan pupus. Jadi, selagi kudrat masih ada, mereka yang belum sempat lagi berkunjung ke 10 tempat bersejarah ini, harus mengambil peluang ya. Hakisan semulajadi ke atas binaan bersejarah ini lama kelamaan akan menyumbang kepada runtuhnya tembok besar China ini. Pakar kaji cuaca percaya, dengan adanya pencemaran udara dan hakisan di sana sini mungkin menyebabkan ia akan runtuh satu hari nanti. Laut Mati yang sempadannya antara Jordan dan Israel sebenarnya telah hilang daratan sebanyak 80 kaki. Ia diramalkan akan hilang dalam masa 40 tahun lagi. Pulau Seychelles yang terletak di Lautan India di pantai Madagascar –akan lenyap kerana hakisan pantai. Dikelilingi pembinaan, air bawah tanah dan pencemaran yang menyebabkan segala makam, monument dan piramid Mesir ini akan pupus. Gondola di Venice, Itali dilaporkan semakin tenggelam hinggakan kekerapan banjir menyebabkan ia makin besar. Perubahan cuaca menyebabkan Pulau Maldives juga makin tenggelam. Sesetengah saintis meramalkan pulau ini akan hilang dalam masa 100 tahun. Binaan kota Petra di Jordan adalah daya tarikan utama pelancong, namun artifak ini menerima tempias bencana alam seperti hujan, angina serta disentuh oleh pelancong menyebabkan nilainya juga makin susut. Taman Negara gunung berapi Hawai memberi peluang kepada pengunjung merasai aktiviti membabitkan gunung berapi. Namun ia meningkatkan risiko suhu, situasi dan keadaan yang tidak menentu. Di Alaska pula dilaporkan gua ais dan kubah ais semakin mencair setiap tahun. Ngeri juga kan? Tapi berbalik kepada prinsip kehidupan - ada tarikh luputnya.Jadi, jom lah menyempatkan diri ke lokasi bersejarah ini. - CARI Kredit : The Weather Channel |
28
Bagus |
13
Marah |
20
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Iema5008 replied at 21-3-2018 06:57 PM
Kalau hawaii tu payah sikit nak p huhu..
anony-mous replied at 22-3-2018 01:14 AM
Nk pegi tembok besar china tu tp risau jgk tgh jln2 tiba2 runtuh {:yameteh
ADVERTISEMENT