CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mari Tiru Cara Minimalis Orang Jepun. Tak Perlu Serabut Dan Macam-Macam

15-3-2018 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14386| Komen: 61|Original author: Oleh: Azza Rai

Orang Jepun terkenal dengan budi bahasanya. Bukan sahaja itu, mereka juga kental dengan budaya dan bahasa sendiri.

Bercerita mengenai gaya hidup pula, tampaknya minimalis mengambil alih. Konsultan dan Pengarang buku Jepun, Marie Kondo mencetuskan konsep ini iaitu hanya menyimpan barangan yang dikehendaki sahaja.

Berunsurkan pengaruh Zen Buddhism, bagi mereka sedikit itu lebih baik.

Malahan rasanya lebih murah dengan konsep minimalis kerana selepas beberapa insiden gempa bumi dan bencana alam lain, tidak praktikal untuk memiliki barang yang banyak.

Jom lihat betapa minimalnya orang Jepun dalam kehidupan seharian mereka.

1) Ringkas, ada yang tidak mempunyai tilam langsung!


2) Ini ja dalam peti sejuk mereka? Malunya kita.


3) Cukuplah sekadar berus gigi yang ringkas.

4) Tidak perlu hiasan berlebihan, hanya apa yang ada.

5) Ruang tamu pun hanya mempunyai meja dan kerusi sekadar keperluan sahaja.

6) Kurangnya perabot bermakna ruang lebih luas untuk anak-anak meneroka dunia mereka.

7) Dapur yang tidak banyak barang lebih mudah untuk dikemaskan.

8) Konsep minimal yang popular ialah menggantung objek untuk mudah dicapai.

9) Letakkan barang keperluan di satu tempat sahaja.

10) Ini cara mereka mengemop - boleh lihat di banyak siri Jepun.

11) Buku bagi membina tamadun sesuatu bangsa.

Semua foto: Carian internet

Wow! Menarik juga konsep minimalis ni kan? - CARI 

5

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • aunisofia

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 15-3-2018 12:06 PM
Rumah mereka pun comel2 je jadi sesuailah kalau tak perlu nak guna banyak perabut.  Mereka pun lebih banyak menghabiskan masa diluar rumah setiap hari balik untuk tidur je so tak perlu nak ada banyak barang keperluan.
Quote noraidil_06 15-3-2018 12:13 PM
Kosongnye dunia
Quote armin 15-3-2018 12:17 PM
Ramai je malays yg konsep minimalis sekarang. Deko simple je. Iols pun dah follow tp brg byk. So buat berperingkat. I dah tak hoard brg dah. Selalu tgk minimalis design kt youtube org putih buat
Quote aHoi83 15-3-2018 12:21 PM
Apesal writer nk rase malu plak nk bandingkan isi peti sejuk jepun ngan kita?? I olls bangga peti ais i oll kalo bukak mcm2 ade. Kalo darurat , isi dlm peti ais tu bole bg makan sebulan . So i tak malu langsung kecualila kalo peti ais penuh makanan busuk
Quote tri-max 15-3-2018 12:22 PM
hidup sederhana, mati pon semua kena tinggal
japanese attitude mmg awesome, mmg respek pemikiran depa
Quote saviour_09 15-3-2018 12:26 PM
nais la
aku nak mix minimalis & industrial masuk rumah nanti
moga ada rezeki lebih
Quote myakayina 15-3-2018 12:41 PM
rumah klu tak banyak brg mmg rasa luas..nak kemas pun senang..ada je idea2 kat youtube dan internet..boleh follow..
Quote tagas 15-3-2018 12:45 PM
beza btul dgn budaya melayu

pasu bunga berbuah2

almari sebesar alam

kerusi mak datin bagai

idop semata2 nak berlwn

tanak kalah gitew
Quote dubuk 15-3-2018 12:52 PM
rumah suhaimi saad
Quote capiloton 15-3-2018 01:05 PM
kat msia ni nak minimalis kena dok single.
kalau dah kawin,  jangan harap.
dapat bini kaki shopping,
takde makna nya nak minimalis.
Quote shernazz 15-3-2018 01:49 PM
Rumah iols ikut sket la.konsep neh
Sebab anak anak.iols neh aduhai..lasak..
Dh besor nnt br nak.pikir konsep apa plak
Quote moonbug 15-3-2018 02:26 PM
Suka rumah Jepun sejak tgk Doraemon dari kecik, Nobita tido dalam almari
Quote smeetasmitten 15-3-2018 02:39 PM
I dah boleh susun baju ikut konmari method.
Tapi masih gagal nak buang brg2 tak perlu.especially buku2
Quote ninjago 15-3-2018 02:53 PM
i boleh follow minimalism nie up to certain level je la. kalau betul2 nak ikut 100% mmg murung i kebosanan.
Quote aku_best 15-3-2018 04:20 PM
Mungkin negara jepun sering terjadinya gempa bumi...jd mudah untuk selamatkan diri...
Quote LautBiru52 15-3-2018 06:07 PM
Kosong sgt pun rasa pelik pulak.
Quote alesandra 15-3-2018 07:00 PM
lagipun rumah diorg mmg kecik..terpksa minimalis ..bak kata kwn aku yg penah dok jepun ..rumah kotak2 katanya
Quote makita 15-3-2018 09:05 PM
Dlm peti ais tu dia simpan hampas kelapa ke tu? Sayur buah xde ke.
Sudip sudu ngam2 je utk sorg.kalu hari raya ke xkan tu je stok nye.
Quote lonso 15-3-2018 09:46 PM
budaya kita tak sesuai minimalis... sebab selalu buat kenduri.. makan2.. n kita pentingkan ekselesaan balik rumah.. rumah bkn utk tido sahaja.. kwn i ada wat konsep minimalis.. tp kalot gk rupe konsepnya akan dituduh pemalas... hanger pon ada 2,3 saja.. air masak pon takde.. utk budaya kita ni minimalis mmg x berapa sesuai... mcm2 tuduhan akan dilontarkan.. sbb kkita suka ajak kawan dtg rumah, sedara dtg rumah.. n dlm adat budya tak manislah kalo tetamu ddk atas lantai je.. sedangkan bukan zaman dulu kala kenelah ada kerusi sebijik dua.. pastuh pinggan  x kan nak ada 2,3 jerk.. kalo selalu pakai yg pakai buang apa plak acik2 sedara kata.. mmg susah nak minimalis... tp kalo boleh buat mmg bgs...

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.209314 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top