CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Perasan Anak Terperangkap Dalam Kereta

13-3-2018 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5391| Komen: 41

Kerana kecuaian ibu bapa, kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Memetik Harian Metro, kejadian 1.16 petang itu berlaku di Taman Chin Lee, Bintulu, semalam.



Foto: Harian Metro

Difahamkan, tiada siapa menyedari keadaan mangsa yang kepanasan dan lemah kerana sesak nafas selepas hampir sejam terperangkap dalam kenderaan dalam kenderaan keluarga itu.

Kejadian hanya disedari selepas keluarga mendapati mangsa tiada di dalam rumah sebelum mencarinya di sekitar rumah.

"Kita tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu, tanpa disedari ibu bapanya, bermain dalam kenderaan berkenaan sebelum terkunci. 


"Difahamkan, ibu bapanya terkejut selepas mendapati anak perempuan mereka berada dalam kenderaan itu lalu cuba mengeluarkannya tetapi gagal," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit.

Melihatkan keadaan anak mereka yang melemah, ibu bapa mangsa segera menghubungi bomba bagi meminta bantuan.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati kanak-kanak terbabit sedang menangis dipercayai akibat sesak nafas dan kepanasan," katanya.

Peralatan khas digunakan bagi membuka pintu kenderaan itu sebelum mangsa berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan sejurus dikeluarkan, kanak-kanak berkenaan kemudiannya diserahkan kepada ibu bapanya," katanya. - CARI
14

Bagus
25

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emelia1509 13-3-2018 12:38 PM
Sejam anak terkurung dalam tu pun masih gigih nak call bomba..

Pecahkan je la cermin belakang sebelah lain tu..
Quote zulka 13-3-2018 12:41 PM
bodoh!bodoh! bodoh!
Quote Mizlyn 13-3-2018 12:41 PM
emelia1509 replied at 13-3-2018 12:38 PM
Sejam anak terkurung dalam tu pun masih gigih nak call bomba..

Pecahkan je la cermin belakang seb ...

sayang kereta dr sayang anak la tu..

Quote fishcracker 13-3-2018 12:49 PM
Mohon kurung mak bapaknye dalam keta pulak
Quote Artemesiaa 13-3-2018 12:54 PM
Dengan cuaca yang agak panas melampau cam sekarang ni amatlah membahayakan terutama kanak2.  Elok panggil lock smith je tolong bukak
Quote myakayina 13-3-2018 12:54 PM
jenis tak lock kereta ke apa ni? mcm mana budak besar tu boleh masuk sendiri? klu lambat boleh arwah dah anak tu oi..
Quote fushimi 13-3-2018 12:57 PM
aku speku mak budak ni kaki soc med

anak takde pun boleh tak sedar

Quote CiliPadiSedap 13-3-2018 01:02 PM
daripada wujub jabatan  lemas cemas baik wujudkan jabatan kanak2 trauma kereta lagi berfaedah.
Quote haryatie 13-3-2018 01:08 PM
x logik nya ..umur ank baru setahun lbih dekat sejam baru perasan ank xde
pelik nya..
apa dia org buat..mak n ayah leka bercanda dlm bilik ker..
Quote umbut 13-3-2018 01:11 PM
Dah sejam baru sedar
Quote aurora273 13-3-2018 01:18 PM
kalau anak terlock, kunci keter yg pendua takde ke..? ke anak kau masuk dlm kete sekali bawak kunci?
Quote cekelatkopi 13-3-2018 01:21 PM
Kenapa tak pecahkan kaca tu terus. Kenapa nak call bomba tunggu 15min lg. Mmg kebodohan jgk lah ni.dibuat nya dalam tunggu tu dia sesak nafas nyesal tak sudah
Quote alieyrina 13-3-2018 01:35 PM
Kunci takda ka..tak paham pulak aku
Quote aHoi83 13-3-2018 01:54 PM
Syg sgt kt keter tu. Bomba lain kali dpt call gini , kopakkan aje pintu kereta tu. Hanat
Quote lee~ann 13-3-2018 02:05 PM
cuai betul...
Quote saviour_09 13-3-2018 02:15 PM
apa bendaaa la duk tunggu bomba bagai
salah sendiri tinggal anak dalam kereta, tanggung la
pecah je la cermin tu kot ye pun
sayang harta dari anak ke macam mana ko ni
aiyoooo!
Quote sarahmirza 13-3-2018 02:19 PM
emelia1509 replied at 13-3-2018 12:38 PM
Sejam anak terkurung dalam tu pun masih gigih nak call bomba..

Pecahkan je la cermin belakang seb ...

Pecah cermin depan kot
Depan boleh claim insurance, kalau dia amik la.
Quote leylapple 13-3-2018 03:01 PM
jenis parent pandai membiak tapi tak reti membela anak nie
Quote emelia1509 13-3-2018 03:02 PM
sarahmirza replied at 13-3-2018 02:19 PM
Pecah cermin depan kot
Depan boleh claim insurance, kalau dia amik la.

Anak kat depan kan..Kot2 sayang anak takut kena kaca pecah je la belakang tu..
Geram betul la isu macam ni.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072731 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top