Aqeef Anaqi adalah antara anak artis yang menjadi perhatian ramai kerana keletah dan kecomelannya. Anak lelaki kepada pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin ini sebenarnya sudah mendapat beberapa tawaran untuk muncul di kaca televisyen. Bercakap mengenarinya, Amyra, 27 berkata dia tidak akan menghalang sekiranya anaknya itu terbabit dalam dunia seni dalam usia yang muda. "Saya dan Amar tidak menolak sekiranya kami sekeluarga ditawarkan untuk menjadi duta, terbabit dalam sesi fotografi dan promosi kerana kami sudah menjadi satu pakej. "Tetapi kami sudah menetapkan syarat supaya anak kami, Aqeef tidak perlu turun padang untuk sesi ramah mesra yang melibatkan terlalu ramai orang. "Semua pihak perlu faham Aqeef baru berusia lima bulan dan saya tak boleh menghalang orang yang mahu mendekati dan menyentuhnya. "Takkan saya nak cakap jangan sentuh anak saya pula. Pasti akan ada yang terasa hati," katanya kepada Astro Gempak. Apa pun, Amar dan Amyra pasti tahu apa yang terbaik untuk anak mereka kan? -CARI |
22
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aduradura replied at 13-3-2018 11:37 AM
Knp anak theyolls mcm tak femes sgt mcm si mat yip....
ADVERTISEMENT