Dalam sebuah perkahwinan, kehadiran anak-anak dapat menceriakan suasana. Tanpa anak-anak, kehidupan terasa sunyi. Tetapi, saat yang paling genting bagi pasangan suami isteri yang bergelar ibu bapa adalah semasa hendak membesarkan anak-anak yang masih kecil. Waktu mereka kecil, ibu bapa perlu banyak bersabar melayan karenah anak-anak yang berlainan sifat dan karakter. Lumrah bagi anak kecil, mereka gemar bermain dan amat suka bereksperimen serta meneroka sesuatu yang baru. Seorang pengguna Facebook bernama Sha Rini berkongsi pendapat tentang cabaran berhadapan dengan karenah anak ketika makan di luar. Ia sebenarnya tidak semudah yang disangka dan berharap agar mereka yang belum lagi mempunyai anak tidak memandang negatif kepada sesetengah ibu bapa tentang cara mereka mendidik dan melayan anak-anak.
Ramai netizen yang bersetuju. Mereka juga menghadapi masalah yang sama apabila membawa anak-anak keluar makan di restoran atau kedai makan. Kalau ada 3 atau 4 orang anak, masing-masing ada ragam sendiri. Walau bagaimanapun, ibu bapa sebenarnya lebih tahu dan masak dengan perangai anak-anak mereka sendiri. Netizen ini komen yang dia rupanya pernah terfikir seperti yang dikatakan oleh wanita tersebut. Sebelum berkahwin, dia bukan main lagi ingin mendidik anak-anaknya supaya patuh dan mendengar arahannya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya selepas dia sendiri mempunyai anak. Nampaknya ada juga netizen yang mengecam kerana tidak bersetuju dengan pendapat wanita tersebut yang mengatakan jika inginkan privacy, makan saja dirumah berdua. Netizen perlu tahu yang setiap kanak-kanak mempunyai perangai yang berbeza. Untunglah jika mempunyai anak yang patuh dan mendengar kata. Malah, restoran dan kedai makan adalah tempat awam yang bising dan ada pelbagai gangguan. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang mempunyai anak-anak perlu memantau aktiviti anak-anak sebaiknya agak kelakuan mereka tidak keterlaluan. Jadi, jangan terus memandang negatif dan menjeling perbuatan yang kita tidak suka. Boleh jadi, apa yang kita tidak suka sekarang akan menjadi sebahagian hidup kita pada masa akan datang. Tidak salah mendedahkan anak-anak dengan suasana makan di luar agar minda mereka lebih terbuka dan memberi pengalaman kepada anak-anak dan ibu bapa itu sendiri. Apa pendapat kalian? - CARI |
9
Bagus |
24
Marah |
15
Terkejut |
4
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin replied at 13-3-2018 11:25 AM
Korang lah makan kat rumah. Nak suruh org tolerate ngan anak ko yg buas.
Aku pernah nampak mak p ...
munchkin replied at 13-3-2018 11:25 AM
Korang lah makan kat rumah. Nak suruh org tolerate ngan anak ko yg buas.
Aku pernah nampak mak p ...
munchkin replied at 13-3-2018 11:25 AM
Korang lah makan kat rumah. Nak suruh org tolerate ngan anak ko yg buas.
Aku pernah nampak mak p ...
pearl.silver replied at 13-3-2018 12:00 PM
Isu yg hampir sama je dengan kisah bawa ank kecil tgk movie pastu ganggu audience lain
Pastu ayat ...
kakigebang replied at 13-3-2018 11:55 AM
sume bajet bagus2 je jaga nak,, anak diala terbaik , behave la bijak la .. hahahaha... bace je art ...
ADVERTISEMENT