Lipas adalah antara serangga yang paling menggelikan bagi kebanyakan kita. Bagi penulis sendiri, apabila nampak je lipas memang tak cukup tanah nak lari.
Paling tidak, habis 'Ridsect' sebotol semata-mata nak bunuh seekor lipas. Geli sangat! Penulis memang tidak akan sesekali memukul lipas kerana tidak gemar mendengar bunyi halus lipas yang penyek kerana ianya boleh menyebabkan bulu roma naik. Hish! Lagipun, terdapat kajian yang menyatakan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Dan sekiranya kita memukul lipas tersebut, berkemungkinan besar cacing dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat baru untuk membiak. Bukan itu sahaja, cacing halus yang sangat sukar dilihat dengan mata kasar ini boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki terutama sekali jika terdapat luka. Jadi, apakah cara yang sesuai untuk menghalau lipas selain menggunakan penyembur serangga? Melalui laman Karangkraf, penulis kongsikan enam tips yang mudah bagi menghalau lipas: 1.Sabun mandi (buku) Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau. 2.Lemon Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering. 3.Buah Pelaga Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut. 4.Daun Pandan Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda. 5.Daun Bay Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi. 6.Baking Soda & Gula Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati. Penulis selalu cuba tips keempat dan setakat ini memang berkesan.Tetapi harus rajin untuk menukar daun pandan ini apabila ianya sudah kering. Anda pula macam mana? -CARI
|
22
Bagus |
19
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Andyscenes replied at 12-3-2018 08:53 PM
Rumah kotor je ada lipas ni..
noraidil_06 replied at 12-3-2018 09:09 PM
Baru nak cakap.my kids sgt takut lipas.so far x de lipas kt umah ni.Alhamdullilah
buragazz replied at 13-3-2018 11:08 AM
Aku lipas besau tu takde tapi lipas kecik2 tu dalam kereta pun ada dia berjangkit lak tu aku baru tu ...
manjalara_01 replied at 12-3-2018 04:46 PM
TQ for t tips TT...
skrg ni manja guna ni...dlm kotak ade 2...RM10...mahal jgk la..tp bgs sbb tah ...
SecretLuv replied at 30-3-2018 10:07 AM
Kalau ada kucing merbahaya tak? Takut kucing pergi jilat pulak benda tu.
manjalara_01 replied at 30-3-2018 04:56 PM
x tau la..tp bleh je letak kat atas shelf ke..i letak atas tempat flush tu..nak bukak tutup senang ...
manjalara_01 replied at 12-3-2018 04:46 PM
TQ for t tips TT...
skrg ni manja guna ni...dlm kotak ade 2...RM10...mahal jgk la..tp bgs sbb tah ...
aunisofia replied at 10-4-2018 02:31 PM
manja gune ni tahan berapa lama?
adakah lipas tu mati atau sekadar lari je...heehehe
manjalara_01 replied at 10-4-2018 07:21 PM
tahan dlm 2,3 bulan...
lipas x muncul....eheheheh
aunisofia replied at 11-4-2018 08:15 AM
wow nnti nak beli la hehe.
thnx manja..
ADVERTISEMENT