CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan 'Derhaka' Kalau Tak Nak Bantat! Ikut Petua Mufin Paling Menjadi Ini!

14-3-2018 10:49 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 5278| Komen: 3|Original author: Oleh: Zailina

Mudahnya nak buat mufin, tapi ramai masih tak dapat mufin yang elok kembangnya dan merekah di tengah. Padahal dah ikuti peraturan dengan betul. 

Jangan susah hati. Ikuti petua di bawah untuk mufin yang akan buat anda gerenti puas hati. 

Paling penting, jangan terlebih kacau! Jika tidak, tekstur mufin akan menjadi padat dan keras. Anda mesti kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tak mengapa jika ada beberapa ketulan atau adunan tidak terlalu sebati atau licin dan halus.


Mufin coklat yang cair di dalam mulut
Foto: JoyBauer


Campurkan bahan-bahan kering, sementara dalam mangkuk lain, satukan bahan basah. Kemudian, tuangkan cecair ke dalam bahan kering, kacau sebati. Untuk bahagian permukaan yang rangup, taburkan gula di atasnya sebelum dibakar. Gunakan bekas mufin  - selain nampak cantik, anda tak perlu membasuh acuan! Jika menggunakan acuan keluli, lengser bahagian bawah (dasar) saja.

Isikan bekas mufin 2/3 penuh. Ini akan memberikan mafin yang kembang dan tidak melimpah keluar dari acuan. Setelah dikeluarkan dari ketuhar, biarkan 5 minit di dalam tin sebelum dialih ke atas redai sehingga sejuk. Mufin sedap dimakan pada hari ia dimasak, tetapi boleh disimpan di dalam bekas kedap udara untuk 2-3 hari. 

Mufin Blueberry
Foto: bbc.com

Bekukan mafin di dalam beg plastik kedap udara atau bungkus dengan plastik dan letak di dalam bekas kedap udara. Kemudian simpan di dalam peti pembeku. Bawa sebagai bekal. Apabila tengah hari, ia akan menjadi lembut dan gebu semula.


Dibakar dalam bekas 'patty' tanpa alas.
Foto: OnceUponAChef

Jika mahu permukaan mufin rata dan licin, cuba kurangkan kandungan gula dan lemak dalam resipi sebanyak 20 peratus dan lihat perubahannya. 

Jika tekstur terlalu padat, tambah sukatan telur (terutama putih telur), kurangkan tepung dan untuk setiap 150g tepung gandum, asingkan satu sudu besar dan gantikan dengan tepung jagung. Teksturnya akan menjadi lebih halus.

Jika tekstur terlalu kasar, kurangkan jumlah anda mengacau adunan. Sebaik-baiknya hanya 30 kali kacau dengan senduk kayu. Anda mesti nampak beberapa ketulan apabila menyudukan adunan ke dalam bekas, dengan cara ini mafin lebih sempurna. 

Jika mufin berasa 'kering', tinggikan suhu ketuhar dan kurangkan masa membakar.


 
Guna bahan berbeza, menghasilkan mafin pelbagai rupa

Mafin (asas - boleh tambah coklat, kekacang atau buah-buahan)

Bahan A
275g tepung gandum
120g gula kastor
10g serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Bahan B
100g mentega, dicairkan
2 biji telur
100ml susu segar
6g esen vanila

Cara Membuat
1. Campurkan Bahan A.
2. Dalam bekas lain, pukul Bahan B sehingga sebati. 
3. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau sebati.
4. Isikan 2/3 penuh ke dalam acuan mafin.
6. Bakar pada 205 C selama 20-25 minit.

Sekarang, anda dah tahu buat mufin. Apa lagi, esok bawalah untuk kawan-kawan di pejabat! - CARI
8

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
6

Sedih
26

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 14-3-2018 11:14 AM
Boleh cuba nnt
Iols mmg fail.kalau bakor membakor neh
Quote pearl.silver 14-3-2018 12:07 PM
I haritu blend je semua guna blender..alhamdulillah muffin merekah cantik dan isi gebu juga...
Nk dpt muffin naik dan merekah cantik, bakar guna rak bawah sekali..
Muffin guna suhu tinggi jadi klu bkr rak tengah nnt rekahan dia jd macam bahulu mekar..tersengehh je..
Quote anno_miss 8-5-2018 12:44 AM
Tq tips for muffin..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052722 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top