Apakah tahi bintang atau 'meteor shower'? Hujan meteor terjadi apabila sisa hablur yang 'ditinggalkan' komet atau asteroid masuk ke ruang udara bumi.
Sisa hablur ini lazimnya batu-batan angkasa lepas dikenali sebagai 'meteoroids'. Apabila ia jatuh ke arah bumi, haba terhasil menyebabkan ia panas. Cahaya terang yang kita lihat adalah disebabkan udara panas di belakang batu yang terbakar itu. Jika banyak 'tahi bintang', ia dikenali sebagai 'meteor shower'. Hujan tahi bintang Perseid (salah satu 'jenis' yang hanya berlaku sekitar Ogos setiap tahun) atau 'Shooting Stars' boleh dilihat (dengan mata kasar) di mana saja di negara kita, asalkan tempatnya gelap. Pada 2017, antara 150-200 tahi bintang boleh dilihat dalam masa 1 jam. Pada tahun ini, tahi bintang dijangka paling banyak pada malam 12 Ogos sehingga subuh esoknya. Ada 6 tempat yang menjadi tumpuan peminat 'bintang' dan misteri alam menurut The Star, antaranya: 1) Tanjung Simpang Mengayau Terletak di bahagian paling utara Kepulauan Borneo, di daerah Kudat, Sabah. Lokasinya sangat menakjubkan pada waktu malam kerana selalunya, langit tak berawan. Pantainya juga gelap dan sesuai untuk melihat tahi bintang. 2) Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson Perkampungan nelayan ini terletak tak jauh dari resort Lexis Hibiscus. Peminat tahi bintang boleh 'menunggu' di jeti kayu atau jeti konkrit yang menganjur ke laut. Ia sentiasa penuh pada hujung minggu, namun sesuai dan selamat untuk mereka yang ingin menyaksikan bintang di langit. 3) Cameron Highlands Lokasi sesuai untuk melihat tahi bintang kerana kurangnya pencemaran udara. Tempat paling strategik adalah jalan yang menghala ke Estet Boh Tea. Kalau nak tengok tahi bintang, boleh parkir kereta di tepi jalan dan melihat ke arah langit kawasan lembah. 4) Pantai Malindo, Penang Perkampungan nelayan ini terletak di kuala Sungai Burong. Agak sukar untuk sampai ke sini (ikut jalan bertar), jadi pastikan dulu lokasinya dengan tepat. Di sebelah kiri Jalan Bharu adalah masjid Sungai Burong manakala klinik kerajaan di sebelah kanan. Sebaik melintasi masjid, masuk ke lorong sebelah kiri dan anda akan sampai ke pantai. 5) Pulau Tioman, Mersing Lokasi popular peminat tahi bintang. Banyak motel dan kafe penduduk tempatan di Kampung Lalang dan Kampung Genting. Malah, sewa penginapan dan makanan juga agak berpatutan. Bertumpulah ke pantai untuk menunggu dan melihat hujan tahi bintang. 6) Kuala Selangor, Selangor Pantai Remis dan Pantai Redang Sekinchan yang berdekatan bandar Kuala Selangor merupakan dua lokasi berhampiran Lembah Klang. Dari Petaling Jaya menuju ke Pantai Remis memakan masa lebih kurang sejam sementara Pantai Redang sekitar 90 minit. Kedua-dua lokasi ini sunyi dan gelap pada waktu malam, dan boleh dijejaki dengan kereta. Kalau nak tengok tahi bintang, tempatnya kenalah sunyi dan gelap, jadi berwaspada jika ada binatang liar atau manusia berniat serong. Sebaiknya, pergilah berkumpulan (sila lihat www.met.gov.my) dan bawa senjata jika perlu. - CARI |
12
Bagus |
6
Marah |
2
Terkejut |
8
Sedih |
22
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
saviour_09 replied at 12-3-2018 01:25 PM
selalu malam2 duk layan rokok luar rumah dongak jugak ke langit
ada la nampak 3,4 bijik melintas
s ...
UsuFie replied at 12-3-2018 02:13 PM
lama dulu zaman sekolah...nmpk tahi bintang ni melintas... pastu usu dok jerit panggil arwah mak ...
saviour_09 replied at 12-3-2018 02:21 PM
kaannn
memang kerja diorang la tu melintas malam2 hari
tapi dek nak menikmati keindahan malam ...
UsuFie replied at 12-3-2018 04:06 PM
tulah pasal..
lagi satu mak cerita..kita kalau tegur jer benda tu pecah jd bola api...so kira ...
UsuFie replied at 12-3-2018 04:06 PM
tulah pasal..
lagi satu mak cerita..kita kalau tegur jer benda tu pecah jd bola api...so kira ...
ADVERTISEMENT