Seorang bapa yang cuba membunuh bayi lelakinya yang baru berusia empat bulan mendapat pembalasan apabila dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman kepada Mohd Amri Ismail, 29 yang dituduh menghentak mangsa ke lantai sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak dan koma. Sebelum dijatuhkan hukuman, hakim bertanya kepada tertuduh, "Adakah kamu sedar perbuatan yang dilakukan oleh kamu akan menyebabkan anak kamu mati?' Amir menjawab, "saya sedar". Suspek dituduh melakukan kesalahan itu di bilik sewa, di Jalan Lorong Haji Taib 1 Chow Kit, di sini pada 7.30 petang , 4 Nov 2017 mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera kepada seseorang, maka pesalah itu hendaklah dikenakan penjara yang boleh sampai 20 tahun. -CARI
|
9
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
20
Sedih |
7
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT