Ingat lagi tak Pakcik Majid yang berjalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam untuk melunaskan nazarnya jika Pahang menang Piala Malaysia? Baru-baru ini seorang pengguna Twitter bernama Zhantafan berkongsi kisah Pakcik Majid yang berkelana dari Ipoh ke Kuantan untuk mengutip hutang sebanyak RM6000 dari kenalannya. Apa yang sayunya, lelaki tua ini tidak berbekalkan duit untuk ke Kuantan. Jom baca kisahnya. Difahamkan Pakcik Majid bertolak dari Ipoh ke Kuantan untuk kutip hutang seperti tarikh yang dijanjikan, namun penghutang meghilangkan diri.
Dengan hanya berbekalkan RM7, dia menggadaikan telefon bimbit jenama Nokia sebanyak RM 50 untuk membeli tiket bas. Pakcik itu juga tidak menjamah sebarang makanan dek kerana tak cukup duit. Pakcik itu juga meminta doa agar dipermudahkan urusannya. Tambahnya, dia hidup sebatang kara, orang kampung pernah memulaukan dia kerana nazarnya untuk berjalan kaki ke serata Semenanjung. Sebab itulah dia merajuk pindah ke Ipoh. Setelah gagal memungut hutang, Pakcik tu pon pulang semula ke Ipoh. Pemuda itu meluahkan rasa sayu hatinya melihat kegigihan pakcik tu. Pemuda itu juga mengingatkan orang ramai agar lunaskan hutang yang sedia ada. Kisah ini mendapat perhatian dari para netizen. Jadi pada yang berhutang tu, silalah bayar hutang ya. Jangan aniaya orang. -CARI
|
17
Bagus |
3
Marah |
12
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nurul_akmar replied at 8-3-2018 06:43 PM
hmmm.. aku pon penah kena.. time nak berhutang, kata2 mcm madu je aku dgr... bila minta pulangkan, r ...
ADVERTISEMENT