CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Bawa Air Ketum Depan Sekolah

8-3-2018 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3050| Komen: 4

Description: Polis menahan lelaki tempatan berusia 22 tahun dipercayai membawa air ketum di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia Sungai Rengit, malam semalam.
Polis menahan lelaki tempatan berusia 22 tahun dipercayai membawa air ketum di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia Sungai Rengit, malam semalam.

Sinar Online melaporkan, air berkenaan dibawa di dalam sebuah van jenis Ford dan tangkapan dibuat pasukan khas Balai Polis Sungai Rengit pada jam 11.40 malam, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam van telah menjumpai dua peti tong ais berwarna biru dan oren. Pemeriksaan dalam tong ais berwarna biru tertera tulisan Seven Seas Ice mengandungi 17 bungkus air ketum.


Foto: Sinar Online


"Sementara pemeriksaan dilakukan ke atas peti tong berwarna oren tertera tulisan Ocean mengandungi lapan bungkus air ketum,"katanya.

Polis turut menemui sebuah beg galas berwarna hitam mengandungi lapan botol berisi cecair disyaki ubat batuk 'DYNADRYL SYRUP' serta sebuah kotak berwarna hitam jenama GIVI mengandungi wang tunai sebanyak RM1,010.

"Suspek ditahan dibawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 dan direman selama empat hari bermula 8 hingga 11 Mac ini.

"Kes juga disiasat di bawah Seksywn 12(2) ADB 1952 kerana ubat batuk yang dirampas disyaki mengandungi Kodein," katanya lagi. - CARI

19

Bagus
28

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-3-2018 03:00 PM
jual ketum kt sekolah ke dik? dengan minum ketum otak boleh jd cerdik ke? kalau buku xpernah buka cmne nak cerdik? makanlah segala vitamin tp sikap salah tetap tak cerdik.

kalau betul lah ketum tu cerdik kan otak, tentu adik jadi cikgu mengajar pelajar bukan niaga ketum depan sekolah
Quote mintu 9-3-2018 01:45 PM
apa motif dia parking kat luar sekolah tu? berapa je budak sekolah rendah bawa duit ke sekolah? rm20 ke sehari? kalau jual ketum 50sen satu plastik? balik modal ke dik? just because u failed as a human,  does not mean u have to failed others by giving them drugs.
Quote niena90 9-3-2018 03:22 PM
Air ketum ni rasa mcm ape ek?
Quote petit-saconnex 9-3-2018 03:23 PM
orang macam ni memang haramjadah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.425657 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top