CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Vcd Kl Gangster 2 Hanya Rm5 !

2-9-2013 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15059| Komen: 122



Kota Bharu:  Selepas ‘bocor’ di Internet, filem KL Gangster 2 terus menerima tamparan hebat apabila sindiket cetak rompak mula membuat salinan filem bernilai RM4.5 juta itu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) untuk dijual pada harga serendah RM5.

Tinjauan Harian Metro di pasar borong Wakaf Che Yeh, di sini, malam kelmarin mendapati filem itu dipromosikan penjual VCD dan DVD cetak rompak dengan dipertontonkan secara terbuka.

Seorang peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pasar itu berkata, VCD KL Gangster 2 yang dijualnya mendapat sambutan hangat dan dikategorikan ‘panas’ ketika ini.

Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” katanya.

Sementara itu, penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mendapat maklumat  filem itu kini dicetak rompak dan dijual di merata tempat.

Katanya, apabila filem itu bocor di Internet, pasti ada pihak mengambil kesempatan menyalinnya dalam bentuk VCD atau DVD untuk dijual bagi mendapat keuntungan mudah.


Saya percaya (dalang) memuat naik di Internet dan menyalin dalam bentuk VCD dan DVD ada kaitan antara satu sama lain.

Saya menyerahkan perkara ini dan kepada pihak berkuasa kerana sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan tersebar secara meluas di Internet sejak malam Rabu lalu.

Bagaimanapun, Yusof dipetik berkata, pihaknya tidak berganjak dari tarikh tayangan ditetapkan Unit Wajib Tayangan (UWT) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) walaupun ia boleh ditayangkan lebih awal ekoran insiden itu.

Katanya, siasatan dan pemantauan secara intensif kini berjalan dengan kerjasama PDRM, Bahagian Penguatkuasaan SKMM dan KPDNKK.

Menurut Yusof, beliau tidak dapat menghalang orang ramai daripada membeli VCD atau DVD cetak rompak KL Gangster 2.

Bagaimanapun, katanya, jika mahu mendapatkan kepuasan, tonton filem itu di pawagam.

Yang cetak rompak itu versi haram dan belum sempurna. Saya harap janganlah ia terus disebarkan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/02

9

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boyagombak 2-9-2013 09:57 AM
Lanun cetak rompak haruslah jgk di hududkan
Quote malaywood.NET 2-9-2013 09:58 AM
murah giler...
Quote benzo33 2-9-2013 09:58 AM
Geng kongsi gelap curi filem kisah kongsi gelap. yg penting untung.
Quote redz85 2-9-2013 10:01 AM
beli 5 dapat 1 percuma..
Quote tongkatwaran75 2-9-2013 10:03 AM
saman jer tuk...
Quote ctaz 2-9-2013 10:03 AM
mesti org2 dlm produksi jugak nih yg punya keje.....
sian.....
Quote gaara_X 2-9-2013 10:05 AM
hehehehehehe...kat tenet depa close jap download.....hehehehee
Quote Cyempaka 2-9-2013 10:10 AM
kesian sol sol sol
Quote edoraixora 2-9-2013 10:13 AM
dalang nye.....orang2 kamu jugak datuk ooi
Quote freebird 2-9-2013 10:14 AM
aku memang sokong kalau cerita2 bodoh ni dicetakrompak...
1. menghalang orang melayu dari menghabiskan duit tengok di pawagam
2. menghalang pembuat cerita bodoh ni daripada terus membuat cerita2 bodoh...
Quote tongkatwaran75 2-9-2013 10:16 AM
gaara_X posted on 2-9-2013 10:05 AM
hehehehehehe...kat tenet depa close jap download.....hehehehee


pastu bukak link laen...

Quote lavendernovella 2-9-2013 10:18 AM
Mesti keje org dlm gak nih, agak aku lah, sbb selalu tgk csi.
Quote mycute 2-9-2013 10:20 AM
pandainya ambik kesempatan..
Quote kroit92 2-9-2013 10:23 AM
cerita-cerita macam ni banyak,
lepas tu dapat sambutan,
orang mula tiru,
jenayah negara meningkat,
rakyat rasa tak selamat,

akhirnya salahkan orang, tuding jari sana-sini, mak bapak kena, tok nenek kena, masyarakat kena,
kena batang hidung sendiri baru rasa..
Quote RedClip 2-9-2013 10:24 AM
kesian, hasil penat lelah dicuri
Quote azlinahmad 2-9-2013 10:29 AM
tumpang simpati  kepada mangsa cetak rompak
Quote sadiq_segaraga 2-9-2013 10:30 AM
Kat JB, CD 3 keping RM10, DVD 5 keping RM20
Quote xpdckelate 2-9-2013 10:34 AM
dah lama dah DVD rega 5 hengget ni,dah 5-6 tahun dah
Quote cikatilia 2-9-2013 10:40 AM
kesiannya
berjuta habis utk modal filim last2

ada meh yg nak pi tgk kat muvie kelak??

harus sendu

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049960 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top