Seorang penjual daging nekad menetak tangan anak lelakinya yang ketagih menonton video lucah di telefon bimbit. Hindustan Times melaporkan, kejadian yang berlaku di Hyderabad, India itu menyaksikan Mohammad Qayyum Qureshi, 45 bengang bila Mohammad Khalid Qureshi, 18, enggan menyerahkan telefon bimbit kepadanya serta tidak mematuhi arahan yang telah diberikan.
Difahamkan sebelum itu si bapa sudah beberapa kali mengetahui yang anak lelakinya menonton video lucah. Dia cuba merampas telefon bimbit tersebut namun malangnya tangannya digigit sebelum si anak melarikan diri. Khalid balik lewat malam dan keesokan harinya mereka bergaduh semula. Si bapa yang bengang kemudiannya mengambil pisau dan menetak tangan kanan anaknya. Polis berkata, “Apabila mendengar jeritan Mohammad Khalid, anggota keluarga yang lain berlari mendapatkannya dan mereka kemudian membawanya ke hospital. Tangannya parah dan kemungkinan untuk disambung semula adalah tipis." Qayyum menyerah diri kepada polis dan dalam kenyataannya dia marah kerana anaknya hanya tahu menonton video lucah, makan dan tidur sahaja.-CARI
|
22
Bagus |
12
Marah |
2
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 8-3-2018 01:24 PM
Sshla anak dia nk pegang henset sambil main sabun.dh xde tgn sebelah.
cicicumel replied at 8-3-2018 01:24 PM
Sshla anak dia nk pegang henset sambil main sabun.dh xde tgn sebelah.
ADVERTISEMENT