CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mohon Jangan Letak Natang Ni Di Kaunter" - Bapa Bengang Tulis Surat Kepada Pasar Raya

8-3-2018 11:08 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10356| Komen: 78|Original author: Oleh: Whitney

Gambar hiasan
Kanak-kanak memang sukakan mainan baru. Jika dibawa ke kedai atau pasaraya, ada saja mainan yang mereka minta untuk dibelikan. Ada sesetengah anak mendengar kata tetapi ada juga yang tidak mahu mengalah jika ibu bapa tidak mahu belikan mainan yang diminta. Mereka akan mula menangis, mengamuk dan berguling-guling di pasaraya jika keinginannya tidak dipenuhi. 

Ketika itu, ibu bapa mula malu apabila orang sekeliling memandang dan terpaksa akur membeli mainan tersebut. Anak-anak akan gembira kerana berjaya mempengaruhi ibu bapa mereka dan pasti akan mengulangi kelakuan yang sama untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.  
 
Seorang lelaki bergelar bapa berasa bengang dengan sikap pemilik pasaraya yang sengaja meletakkan kinder joy di bahagian kaunter. Ini kerana, anak-anaknya sukar dipujuk dan akan mengamuk jika mahukan benda tersebut. 


Agak melucukan apabila dia sekadar bergurau menulis surat kepada pemilik pasaraya di status Facebook miliknya supaya tidak meletakkan Kinder Joy di kaunter kerana anak-anaknya selalu meminta agar dibelikan setiap kali ternampak. 


Bayangkan setiap kali ke kedai, pasaraya atau stesen minyak, anak-anak asyik minta membelikan Kinder Joy, tidakkah banyak wang yang dihabiskan untuk benda yang mahal dan tidak berfaedah itu? 

Tetapi, anak-anak masih belum mampu berfikir sebegitu. Hal ini memeningkan kepala ramai netizen yang mempunyai anak-anak yang selalu meminta Kinder Joy. 


Harga bagi satu Kinder Joy agak mahal dan ramai netizen bersetuju jika pemilik pasaraya tidak meletakkan di bahagian kaunter. Tetapi, pemilik pasaraya pastinya sengaja meletakkan dibahagian kaunter kerana ia sememangnya menjadi kegilaan kanak-kanak dan ia adalah salah satu strategi jualan. 

Ibu bapa pula akan sanggup membayar apabila diminta oleh anak-anak mereka terutama yang sudah tantrum ketika itu. 


Pandai-pandailah ibu bapa memujuk dan mempengaruhi anak-anak agar tidak lagi membeli Kinder Joy. Itu antara cabaran yang perlu dihadapi dalam proses mendidik anak-anak dan malatih agar anak-anak mendengar kata ibu bapanya. - CARI   

5

Bagus
9

Marah
28

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 8-3-2018 11:11 AM
aku bo layan je masa anak aku nak benda ni....

yg berguling2 tu ada masaalah hyper ke?
Quote cewekbopot 8-3-2018 11:12 AM
akhirnya ada juga sang bapa yg mnyuarakan ketakpuasan hati yg sama seperti ku. yg takleh blah kat kedai mamak pon hade!
Quote haryatie 8-3-2018 11:22 AM
nasib baik  xde ank kecikk..
Quote tagas 8-3-2018 11:24 AM
sama la ngan hero aku

pantang nampak kalo lalu 7e ke mana2 kedai

dah la mahal cinonet aje cekelat dlm tu
Quote vanillaninja 8-3-2018 11:26 AM
Kinder Joy ni memang tak padan dengan harga. Jauh ketinggalan dengan Tora and Ding Dang.
Quote Artemesiaa 8-3-2018 11:26 AM
Dah strategy pemasarannya sebegitu dah berpuluh tahun sama je, segala jajan saja2 diletak kat kaunter bayaran sebagai tarikan kepada si kecil nak memiliki
Quote shernazz 8-3-2018 11:30 AM
Maybe ada anak anak yang bertantrum ..
Anak anak.iols ..mmg iols tegaskan..kalau no means no...
Ada la.skali dua terjebak.beli ni...tapi mmg.iols.dh ckp amek satu aje ..mana yang berkenan...
Quote shernazz 8-3-2018 11:30 AM
Pasaraya dh tentu ada targetnya
Depa nak untung juga....
Jangan.salahkan.pasaraya...
Quote siputsedut 8-3-2018 11:33 AM
Dr kecik aku terap kat anak..no means no..so haram diorang tak mintak dgn aku mende alah ni..tp kalau pergi ngn bapak takpon nanny...dpt la seketul sorang...dah la mainan cikai..tak berbaloi langsung..tp nak wat camne kan..dah org nak manjakan anak aku. Tp dgn aku..jangan harap kau dapat benda ni nak!!!
Quote julia5094 8-3-2018 11:34 AM
krustykrab replied at 8-3-2018 11:11 AM
aku bo layan je masa anak aku nak benda ni....

yg berguling2 tu ada masaalah hyper ke?

Normal la kalau budak guling2 tu. Tapi satu je cara tak mau gulingan tu berulang. Kalau dia start guling2 nak sesuatu benda. Buat derk je..biar la berguling pun. 2-3 kali dia guling, kita buat tak layan..tak akan ada episod gulingan yang seterusnya..Tapi kalau setiap kali dia berguling, kita layankan..nescaya, setiap kali dia nak barang...dia akan buat guling2 sampai ke sudah...
Quote Victorioussss 8-3-2018 11:35 AM
Anak tantrum jadi sila nilaikan mcm mana kau didik anak
Bagi i, xkisah pn toy ke hape asalkan kau tau handle anak kau
Abis tu tak kan setiap kali gi mall kene elakkan lalu depan toy r us?

Aku lg suke tgk anak aku bahagia dn hapy dapat toy dia
Kau dulu kecik2 jugak..bile nak sesuatu mainan dan tak dapat..kau sndiri igt betapa hibanya hati kau sampai malam kat rumah

Beli kedai 2 ringgit, main sejam dah rosak
Better kau beli harga 20 ringgit tp tahan lama berbulan2

Harap jgn kau dh tua nanti dan tengok gow shop teringin nak tongkat kayu jati siap airbrush kat hujung tapi anak kau buat bodo je
Revenge is best served cold
Quote CiliPadiSedap 8-3-2018 11:36 AM
zaman mak ayah dulu tora and dingdong
Quote amyza 8-3-2018 11:39 AM
I pulak suka belikan adik-beradik vitagen(lupa brand),biasanye ada mainan. Bagi anak2 pegang,usung laa merata.jadi diorg lupa dah nak benda lain sebab dok leka tengok mainan dlm plastik tu.
Quote tomaz 8-3-2018 11:45 AM
Berapa hinggit menda alah ni? Mahal ke. Nasib anak buah iolss x de buat permintaan tinggi mcm ni. Mmg iolss bolayan je la
Quote yayangmama 8-3-2018 11:55 AM
slalu kena pow benda ni time g kdai runcit...

huhuhu...klu g supermarket, ank plg kck attack ke oreo thin...kurang la singgit dpd hage kinder tu

Quote myakayina 8-3-2018 12:05 PM
harga tak padan dgn isi coklat dan free toy nya..
Quote Burong_Hantuk 8-3-2018 12:13 PM
belikan saja jikalau mampu.sekali sekala tak salah
Quote alieyrina 8-3-2018 12:16 PM
Manis jugak nii..anak aku lebih kepada kek2 roti ...coklat melat buat x tau ja
Quote kikuri 8-3-2018 12:17 PM
aku memang tak beli benda ni mahal nak mamp... memang aku buat donno je... tapi kadang kadang adik aku beli jugak dekat anak anak aku... lantaklah situ bukan duit aku tp yang aku geram dah beli sorang satu pon boleh berebut mainan yang tak seberapa kat dalam tu

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.382342 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top