CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Usah Bazir Duit Beli Coklat, Buat Sendiri Lagi Puas! Campak Je Nak Filling Apa

8-3-2018 11:10 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 6187| Komen: 2|Original author: Oleh: Zailina

Kata orang, kalau makan coklat hati rasa girang. Coklat juga dikatakan boleh menaikkan syahwat selain menaikkan berat badan, tentunya! Coklat kalau dibeli memang mahal terutama yang ada kacang seperti macadamia, walnat, kacang pain atau gajus. 

Apa kata kita buat sendiri? Selain boleh dijadikan barang hantaran, boleh juga diberi sebagai cenderahati. Dah pasti orang yang menerima coklat buatan tangan sendiri akan tersengih macam kerang busuk!


Coklat buatan sendiri tiada bahan pengawet atau pemanis tiruan.
Foto: WhatsHotDelhi

Bahan-Bahan Coklat Homemade:

1) Coklat compound. Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). Antara jenama terkenal di pasaran adalah Beryl, Colatta, Selborne. Jika menggunakan coklat kurang manis, tambah gula aising untuk memaniskannya.

2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di dalam coklat seperti kismis, kurma, badam, kacang, kelapa (candy) dan sebagainya.

3) Hiasan di atas coklat seperti coklat putih di atas coklat susu dan lain-lain. 


Kotak khas untuk coklat ada dijual di kedai barangan bakeri
Foto: coklatku8

Peralatan Diperlukan:
1) Coklat mould (acuan) yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati, mawar, bulat, persegi dan seumpamanya.

2) Piping bag (beg aising) untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam acuan. Kalau tiada beg ni, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu atau plastik yang dipotong hujungnya.


Coklat juga boleh dibuat daripada serbuk koko dan gula
Foto: profhariz

Kaedah Menyediakan: 
1) Cairkan coklat compound dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih perlahan, letakkan hirisan coklat dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk di atas periuk. Pastikan dasar mangkuk tidak menyentuh air panas, mangkuk dan pengacau kering. Jika setitik air masuk ke dalam coklat yang sedang dicairkan, ia akan mengeras. 

2) Setelah coklat cair, isikan ke dalam piping bag dan masukkan ke dalam acuan dengan cermat. Jika bilik berhawa dingin, buat dengan cepat kerana coklat mungkin mengeras semula.


Pelbagai idea menghias bebola coklat yang mudah
Foto: medibank

3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah hampir keras baru letak inti di atas lapisan tersebut. Kemudian, 'tutup' inti dengan coklat cair.

4) Biar di dalam peti ais sehingga keras.

5) Keluarkan dari acuan, susun untuk dihidangkan atau dijual.


Membuat coklat merupakan salah satu hobi yang boleh menjana pendapatan. Daripada duduk berangan-angan, apa kata kita cuba buat coklat untuk mengumpul pendapatan sampingan? - CARI
22

Bagus
20

Marah
29

Terkejut
24

Sedih
26

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (142 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bakih66 11-3-2018 03:20 PM
idea yang baik..
Quote dubuk 11-3-2018 06:38 PM
dubuk suka snickers dan kit kat

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.030594 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top