Tindakan berani seorang wanita yang memuat naik video di Facebook, meminta untuk dirogol oleh sepuluh lelaki telah berjaya membangkitkan kemarahan netizen.
Rakaman video tersebut juga menyaksikan janda berusia 22 tahun dikenali sebagai Siti Amiza Baharuddin itu mengeluarkan kata-kata melampau membabitkan saiz alat sulit lelaki sehingga menyentuh sensitiviti kaum. Namun bercakap kepda mStar Online, Siti Amiza yang juga merupakan penjual ubat tenaga batin lelaki ini mengakui yang video tersebut adalah sekadar gurauan semata-mata.
“Saya memang suka buat lawak. Tak sangka pula ada yang ambil serius. Saya dah padam video tu tapi dah ada yang sebarkan. “Saya minta maaf kepada semua sekiranya mereka tersinggung dengan video tersebut. Saya juga memohon maaf sekiranya saya menyentuh isu perkauman,” katanya. Sejak video tersebut dimuat naik, Siti Amiza telah diganggu dengan pelbagai mesej berbaur seksual. Namun dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis, sebaliknya hanya mahu menyiarkan nombor telefon individu yang membuat serangan dan gangguan seksual terhadapnya sehingga tular. Sementara itu.Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa'ad berkata, “Siti Amiza seharusnya menggunakan elemen lawak atau gurauan untuk membawa mesej ke arah yang positif dan bukan sebaliknya. “Sama ada mahu berniaga atau menarik perhatian pengikut, dia seharusnya mencari idea yang menyenangkan dan tidak menyinggung perasaan,” katanya. “Jangan mohon maaf sebab nak tutup isu sendiri, tapi buka isu lain yang lebih besar, yang boleh menyebabkan kemusnahan rumah tangga orang lain seperti menyiarkan nombor telefon pihak yang mengganggunya. “Kemaafan itu seharusnya ikhlas kerana menyedari kesilapan. Jika tidak, lagi ramai yang akan benci dia dan masalah tak akan selesai,” katanya. -CARI
|
23
Bagus |
9
Marah |
13
Terkejut |
3
Sedih |
15
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Jangan mohon maaf sebab nak tutup isu sendiri, tapi buka isu lain yang lebih besar, yang boleh menyebabkan kemusnahan rumah tangga orang lain seperti menyiarkan nombor telefon pihak yang mengganggunya.
idakamaruddin replied at 7-3-2018 06:15 PM
APAKAH MAKSUD AYAT NI?
saladin780 replied at 7-3-2018 06:27 PM
Birahnya ko dek...tp x pe la malu pun kan..yg penting viral katanya..basic marketing 101 kata dr mic ...
ADVERTISEMENT