Sebut saja Milo macam-macam terlintas dalam kepala, Milo ais, Milo ais kepal, tak kurang juga lori Milo yang datang ke sekolah masa kita di sekolah rendah satu ketika dahulu.
Senang kata Milo memang sebati dalam jiwa rakyat Malaysia hingga menjadikannya antara minuman kegemaran semua dan ramai yang membesar dengan minuman coklat ini. Kebiasaannya kalau kita ke mana-mana kedai minum pasti akan ada yang pesan Milo Dinasour, iaitu air Milo yang ditabur dengan serbuk Milo di atasnya hingga melimpah ruah. Kadang-kadang ada kedai yang buat sedap ada yang tidak. Begitu juga harganya ada yang mahal dan murah. Jadi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda cara membuat Milo Dinasour tetapi versi Baby Dino yang mana ia kecil tetapi rasanya pekat dan kaw.
Bahan-Bahan 1. 4-5 sudu besar serbuk Milo 2. 250ml susu sejuk Cara-caranya 1. Masukkan 2 sudu besar Milo ke dalam gelas 2. Tuangkan susu ke dalam gelas 3. Masukkan 2 hingga 3 sudu besar Milo lagi Mudah bukan hanya dua bahan sahaja sebenarnya dan tidak susah sediakannya dan anda boleh tambah berapa banyak milo yang anda inginkan dan sudah pasti rasanya lagi pekat dan kaw mengikut tekak masing-masing. Oh ya sebelum terlupa laman sesawang Butterkicap juga ada berkongsi tips penyediaan Milo Baby Dino ini. Jadi ini dia tipsnya. 1. Jangan guna Milo 3-dalam-1 atau serbuk Milo segera untuk resipi ini. 2. Gunakan susu sejuk. Susu panas akan melarutkan serbut Milo dan mengurangkan ketulan coklat malta untuk anda kunyah. 3. Anda boleh minum Milo ini dikacau ataupun tidak. Berhati-hati ketika mengacau. Jika tidak, serbuk Milo akan tumpah. 4. Jika anda mahu susu sedikit cair, masukkan sedikit ais sebelum tuangkan susu. 5. Kami tidak pernah cuba resipi ini dengan susu soya, susu kacang atau pengganti susu lain. Jika anda sudah mencuba, beritahulah kami hasilnya! 6. Tip untuk berparti! Gunakan gelas lutsinar supaya anda dapat melihat lapisan susu dan Milo yang cantik. Selamat mencuba! -CARI Kredit Resipi: Butterkicap
|
14
Bagus |
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 7-3-2018 06:45 PM
1st time dgr milo dinasour.. Kg.com nye iols..
prettyuglybabe replied at 7-3-2018 07:06 PM
bahasa kampungnya milo tabur..
kalau tak pernah dengar jugak, tahap desa dah tu.. hehehe
RatuDunia94 replied at 8-3-2018 12:34 AM
Milo tabur selalu dgr lah.. Knp dinasor?
RatuDunia94 replied at 7-3-2018 06:45 PM
1st time dgr milo dinasour.. Kg.com nye iols..
prettyuglybabe replied at 7-3-2018 07:06 PM
bahasa kampungnya milo tabur..
kalau tak pernah dengar jugak, tahap desa dah tu.. hehehe
makton replied at 8-3-2018 07:42 AM
klu milo tabur pun tak penah dgr tu bukan tahap desa. tp tahap duduk dlm gua kelam dah tu
saviour_09 replied at 7-3-2018 02:02 PM
naaahhh aku lagi suka ratah milo dari dalam tin tu
perghh nikmat teringat kecik2 dulu berebut2 dgn ...
fushimi replied at 8-3-2018 02:43 PM
milo dalam tin lagi sedap berbanding dalam pack
ke aku sorang je rasa camtu
fushimi replied at 8-3-2018 02:43 PM
milo dalam tin lagi sedap berbanding dalam pack
ke aku sorang je rasa camtu
ADVERTISEMENT