CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Nak Membazir Punya Pasal, Madrasah Tahfiz Jadi Tempat Lambakan Lauk Basi

6-3-2018 01:50 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 3771| Komen: 16|Original author: Oleh: Khair



Bersedekah sememangnya satu amalan mulia dan sangat digalakkan untuk kita berkongsi rezeki yang diterima dengan orang lain supaya masing-masing dapat merasai kenikmatan itu.



Namun, luahan hati seorang mudir madrasah tahfiz di Malaysia seperti dikongsi Facebook (FB) Kasih Till Jannah menjentik hati ramai netizen. Menurut mudir tersebut madrasah tahfiz seringkali menjadi tempat lambakan lebihan lauk kenduri yang tidak habis. 

Tambah mudir itu lagi, kebiasaannya lauk-pauk tersebut dihantar ke madrasah pada pukul 6 petang dan sejam kemudian lauk-pauk tersebut sudah pun berbuih dan basi serta tidak elok untuk dimakan lagi.





Tidak berniat untuk menyombong diri, mahupun menolak rezeki yang hendak diberi, mudir tersebut memberitahu, sebaiknya jika hendak bersedekah ke madrasah-madrasah biarlah lauk-pauk itu masih elok dan bukannya sesudah kenduri berakhir baru dihantar ke madrasah. 

Lebih malang, pelajar madrasah terpaksa tidur dalam keadaan bau masam dek kerana lauk pauk yang basi itu. Ibarat menjadi rutin mingguan, para pelajar tersebut terpaksa menguruskan lebihan makanan tersebut dan membasuh bekas lauk-pauk tersebut.




Walau bagaimanapun, mudir tersebut masih lagi menghargai pemberian tuan rumah kenduri cuma beliau berharap keadaan sebegini dapat diperbaiki dan orang ramai memahami konsep sedekah iaitu bersedekah perkara yang terbaik untuk orang lain. 

Netizen juga bersetuju dengan pendapat mudir itu kerana bagi mereka ia adalah satu perkara yang membazir dan sia-sia jika menghantar lauk-pauk yang hampir basi ke madrasah jika akhirnya tidak dapat dimakan oleh para pelajar madrasah. 


Foto: FB

Sewajarnya masyarakat kita menerima pengkongsian mudir ini dengan hati terbuka dan berusaha mengubah sikap seperti ini. - CARI
5

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 6-3-2018 02:04 PM
Kurang ajar sangat..sedekah kan sisa kt orang. Kalau betul nak kasi.. kasi lah awal awal
Quote Oslo 6-3-2018 02:27 PM
Tak ada apa yang nak dihairankan dgn orang malaysia...derma baju siap bagi underwear yg dah kuning berkerak, inikan pula lauk
Quote CiliPadiSedap 6-3-2018 02:41 PM
urm, kalau cmtu bg masa elok, bagi sedekah portion yang tengah elok. nasihat untuk diri sendiri.  
Quote Artemesiaa 6-3-2018 02:49 PM
Nak bagi tolonglah bagi yang masih elok ni bagi sebab alasan sayang terbuang walaupun tahu dah nak basi tak dapat apa2 pun malah menyusahkan pihak yang menerima adalah
Quote chinta89 6-3-2018 02:57 PM
Oslo replied at 6-3-2018 02:27 PM
Tak ada apa yang nak dihairankan dgn orang malaysia...derma baju siap bagi underwear yg dah kuning b ...

iols masih terbayang2 undewear kerak kuning tu.....
Quote CardiGans85 6-3-2018 03:12 PM
Klu kt tmpt sy, xde pula isu mcm ni sbb msh lg amalkan konsep 'berkat'.
Quote prettyuglybabe 6-3-2018 03:25 PM
hanat sangat perangai tuan rumah gini..
Quote krustykrab 6-3-2018 03:28 PM
lain kali buat je kenduri kawin dgn bersedekah kat sek tahfiz....senang tak yah membazir panggil org lain...jimat dan dpt pahala

pengantin, instead of duk tercongok mcm berhala atas pelamin, blh la berkenalan dgn para tahfiz/tahfizah. mana tau ada rezeki mengandung mlm tu, insyallah dpt anak2 soleh/solehah dan bijak2
Quote ~boolean 6-3-2018 04:17 PM
Budak2 tahfiz buat kerja buang sampah cuci periuk pun pakai turban atas kepala tu? genuine question...macam mana budak2 ni pakai elok tak terjatuh..
Quote swimswim 6-3-2018 07:06 PM
X patut...konsep sedeqah adalah memberi sebahagian yg kita mahu..bkn bg yg benda yg kita dah xmo pakai
Quote Lollipop111 6-3-2018 07:12 PM
Saya benci amalan pembaziran mcm nih and at the same time, sy benci lebih lg pada amalan bagi lauk yg last2x and dh nk basi pada org... its shameful.. nmpak sgt kenduri tak berkat.
Quote @chik 6-3-2018 09:12 PM
Terukla..kesian bdk2 tu satu hal nak kena cuci..
Quote makita 6-3-2018 10:23 PM
Hari baca kt fb msg owner umah ank yatim
A: saya ada baju x pakai untuk dibuang.
Owner: sila buang dlm tong sampah depan umah.
Mula mcm ish mcm sombong owner ni...tp fhm balik laaa..da mmmg ko nk buang....apsal nk bg kt ank yatim lak kan.
Quote mjla 6-3-2018 11:11 PM
Bila tak de adap dlm agama.
Sumer ikut tekak sendiri.
Quote JohnDeSouza 7-3-2018 01:12 AM
lebihan makanan tu boleh jd baja ke apa
Quote GigaMom 7-3-2018 03:13 AM
krustykrab replied at 6-3-2018 03:28 PM
lain kali buat je kenduri kawin dgn bersedekah kat sek tahfiz....senang tak yah membazir panggil org ...

1st tme bc duduk pelamin tcongok cam berhala

Ada betulnya juga
Jadahnya kita duk tyg muka tcongok kat atas pelamin tu kan
Dh lah kos tayang muka ni mahal...
Ni semua gara2 impian mak mertua ai ler ni
Ai turutkan ajee

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.154540 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top