Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, mahasiswa dicadangkan menjadi “floor engineer” atau tukang cuci di universiti untuk menjana pendapatan sampingan.
Memetik FMT, cadangan itu disuarakan pakar ekonomi, pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari dalam Forum “Dilema Poket Mahasiswa” di Hub Teach For The Needs (TFTN) di Bangsar, malam tadi. Mohd Yusof menjelaskan, cadangan itu menguntungkan kedua-dua pihak memandangkan universiti yang menghadapi pemotongan peruntukan kerajaan boleh mengoptimumkan kapasiti mahasiswa yang ingin mencari kerja sampingan.
“Apa yang saya nampak sekarang, kalau dekat Universiti Putra Malaysia pagi-pagi, ibu-ibu dan bapak-bapak dari Indonesia selesai sahaja azan subuh di masjid, dia dekat luar cuci. “Jadi, saya punya salah satu pendekatan gantikan mereka ini dengan mahasiswa. Mesti ada mahasiswa yang nak bekerja, ke anda tak nak bekerja? “Kalau saya diberi peluang, saya pun nak kerja jadi ‘floor engineer’. Sihat pun sihat, naik 3 tingkat, turun ke bawah seronok juga,” katanya. Selain mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing, cadangan itu juga boleh mengurangkan pengaliran keluar wang ke negara lain. “Daripada kita bagi kepada mereka, kita juga boleh jimat, kita upah mahasiswa buat. Kenapa tidak memikirkan perkara-perkara tersebut kepada pihak universiti. “Sebenarnya, kalau tanya pensyarah-pensyarah (atau) sesiapa yang belajar di luar negara, universiti luar negara benarkan mereka bekerja kerja sambilan. “Banyak daripada mereka menjadi ‘floor engineer’ atau tukang cuci,” jelasnya. - CARI
|
36
Bagus |
19
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
27
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
merrissa replied at 6-3-2018 11:21 AM
mauuu keeee.....
memang byk pelajar malaysia yg jadi 'floor engineer' ketika belajar di luar nega ...
ADVERTISEMENT