CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Masalahnya Depan Rumah Aku Takde Pelam, Mana Nak Cekau Ni? - Suami

6-3-2018 12:24 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4199| Komen: 11|Original author: Oleh: Whitney

Gambar hiasan

Setelah berkahwin, pasangan suami isteri mengimpikan kehadiran cahaya mata. Apabila si isteri disahkan mengandung, maka tergalas tanggungjawab baru buat si suami. Suami perlu menjaga isteri dengan sebaiknya dari segi kesihatan, membantu melakukan kerja-kerja rumah dan melayan segala karenah isteri yang berada dalam fasa emosi yang tidak stabil. Pada masa itu juga, isteri akan mengidam untuk makan pelbagai jenis makanan. Jadi, si suami perlulah mencari dan cuba memenuhi permintaan isteri.


Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Putera Nur Muhammad Raihan pening mencari buah pelam yang ditanam di depan rumah gara-gara permintaan isterinya. 


Disebabkan di depan rumahnya tidak mempunyai pokok pelam, dia terpaksa bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pokok pelam yang ditanam di depan rumah di status Facebook miliknya dan juga menggunakan khidmat google. Macam kelakar pula apabila isteri mengidam buah pelam yang ditanam depan rumah.


Nasib baik ada Google, membantu la juga pencariannya untuk dapatkan jeruk.


Netizen ini mempunyai pokok buah pelam di depan rumahnya tetapi buah tidak berapa cantik dan menjadi sangat. Tapi, lelaki itu sanggup untuk pergi dan melihat sendiri buah pelam tersebut. Bukan apa, wanita mengandung ini sukar untuk difahami kerana mereka sedang menanggung emosi dan keadaan fizikal yang tidak stabil. 

Jadi tidak salah untuk suami menunaikan keinginan isterinya sedaya mungkin agar orang tersayang gembira selalu.


Netizen ini pula mencadangkan dia beli sahaja dikedai. Di kedai ada pelbagai pilihan pelam yang sudah siap dijeruk. Tetapi, tekak wanita mengandung ni memang lain macam sikit. Kalau dia cakap mahukan pelam di depan rumah, maka itulah yang dia hendak.


Apa-apa pun, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung tetapi jika dapat ditunaikan adalah lebih baik. Tetapi, cubalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk isteri agar kesihatannya terjamin sehingga selamat bersalin. 
Kalian ada tak mengidam benda yang pelik-pelik atau melucukan? Jom kongsi. - CARI 
8

Bagus
4

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-3-2018 12:26 PM
pergi je la beli mangga kat pasar..
bawak balik ko jeruk sendiri..
bukan bini ko tau pun ko beli ke amik kat rumah sapa mangga tu..
Quote zulka 6-3-2018 12:29 PM
bengong...
Quote helicornia 6-3-2018 12:58 PM
mengada2 la
Quote CiliPadiSedap 6-3-2018 12:59 PM
puteri buluh bentong pun xminta jeruk depan rumah.
Quote DollahRepek 6-3-2018 03:06 PM
Gedik sangat bini ko tu
Quote kroit92 6-3-2018 03:26 PM
beberapa tahun lepas ada sorang brader ni, aku buang sampah dalam pukul 11 malam camtu, tak sempat buang siang.

dia bawak motor pusing semua rumah, aku dah pikir jahat macam2 dah,
sekali dia stop kat aku, tanye, "Bang, ni pokok pelam sape bang?"

aku cakap la, takde sape punya, memang dari dulu penduduk sini tanam untuk semua orang, sape2 nak amik je.
"Halal eh bang, maaf, bini saya mengidam kat rumah, saya dah pening cari pelam bla bla bla bla" dia membebel sambil mengait 4 bijik, letak dalam raga motor

"Terima kasih bang, halal eh, maaf, assalamualaikum."
aku tak sempat nak cakap apa, waalaikumsalam saje
Quote yayangmama 6-3-2018 04:06 PM
mujur la 4x preggy xde nak ngidam bukan2

huhuhu
Quote zameyla 6-3-2018 05:30 PM
kroit92 replied at 6-3-2018 03:26 PM
beberapa tahun lepas ada sorang brader ni, aku buang sampah dalam pukul 11 malam camtu, tak sempat b ...

mungkin dah besar sekarang budak pelam tu.....
Quote faraway1 7-3-2018 01:58 AM
masa ngandung hari tu teringin nak
makan kerang. tapi memang tak da sebab kat mana
nak cari. syukur anak tetap lahir sihat hahahha

anak dah 20 bulan baru merasa makan kerang
masa balik Malaysia.
Quote mongoose_kidz 7-3-2018 12:06 PM
alah..kesian brader ni...
kat tmn area umah aku ni majoriti setipa umah depan dia mst ade pokok pelam..
depan umah aku ade...jiran depan aku ade..
klau dekat nak je aku pggil brader tu dtg sini...tp skarg ni baru berbunga jela...xtau la jadi mcmana
thn lepas mmg byk..luruh gitu je
Quote mamapea 7-3-2018 12:22 PM
mengidam2 ni sbnrnya mengada2...
saja nak tarik perhatian suami...
kalau nk sesuatu jgn la sampai menyusahkan suami...
kesian la kt suami sama...jenuh nak penuhi permintaan isteri yg pelik2...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.068312 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top