CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jaga-jaga Dengan Orang Sebelah Anda, Seksa Jiwa Raga Sekali Terjangkit!

5-3-2018 05:46 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 4373| Komen: 15|Original author: Oleh: Ain

"Jangan duduk dekat dengan dia! Dia ada kutu!"

Siapa sahaja yang nak duduk dekat dengan seseorang yang menternak kutu, kan? Sekali dihinggap kutu, pasti seksa nak menghapuskannya!


Foto: Tumblr

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kepala seorang penumpang bas yang dikerumuni kutu. Merenyam je tengok!

Klip yang dirakam salah seorang penumpang itu tular di laman sosial dengan kapsyen 'Kalau naik bas, tengok dulu siapa duduk sebelah kita. Inilah sebabnya!'

Walaupun memakai topi, penumpang lain tetap boleh nampak beratus ekor kutu merayap di kepalanya dengan jelas.



Foto: Mail Online

Menurut Mail Online, tak dapat dikenal pasti di mana klip itu dirakam, namun sebuah laman Facebook dari Mexico merupakan yang pertama berkongsi video berkenaan.

Video yang dimuat naik pada 2017 itu menjadi tular baru-baru ini selepas menerima aduan daripada pengguna yang berasa jijik dengan video berkenaan.

"Mesti lelaki itu pengotor sampai dihurung kutu sedemikian rupa,"
kata netizen.




Eew, tak sanggup kepala dihinggap kutu. Memang pengalaman ngeri dan menyeksakan kalau terjadi pada diri sendiri hingga menyebabkan tahap keyakinan jatuh menjunam! - CARI
33

Bagus
24

Marah
24

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anna_Chasez 5-3-2018 06:04 PM
Ewwwww.. mesti merenyam giler kepala beliau kutu byk camtuh
Quote Artemesiaa 5-3-2018 06:24 PM
Euwww pengotornya mesti dah imune sampai kutu merayap merata kepala pun dah tak heran
Quote jazaa100 5-3-2018 06:34 PM
Tak rasa gatal ke?.....
kelemumur pun dah tak tahan...ni kutu...
Quote kimchipedas 5-3-2018 09:15 PM
aiyoyoo yuckk dia x rimas ka menatang tu dok merayau kat kepala dia
Quote estrelle 5-3-2018 09:41 PM
Euwww.i baca pon rasa seriau naik bulu roma.
Quote JDT 5-3-2018 11:56 PM
Rasa merenyam gatal pula kepala tengok video tu....takkan dah lali macam tu sekali...
Quote MsKathryn 6-3-2018 12:58 AM
Eeeeuuuwwe rasa gatal plak kepala tgk video tu..
Quote chinta89 6-3-2018 09:32 AM
mse iols kat hostel dulu, ade sorg ni dia rambut pjg.. zmn tu jrg dh org nk simpan rambut pjg ala2 rapunzel. paras punggung rambut dia.

awal2 di hostel, takde lagi kutu.. tp maybe berbula2 duk hostel, pagi2 duk berebut bilik air, rambut basah pjg mengurai takdang kering terus pakai tudung g sklh, pahtu blk sklh g prep wajib pakai tudung, pahtu g prep mlm pakai tudung lg... celah mana rambut tu nk kering? (jgn tanya kenapa x pakai hair dryer, zmn tu hair dryer mahal dan utk budak asrama x mampu, ko jgn pandai2 tanya kenapa mak pak dia x  belikan ak sekeh gak nt!).

oleh sb asik berkepam rambutnya, maka kecohlah ade org kena kutu.. kawan ak yg kena ni, kepohlah ckp dia mne ade kutu tetiba ade kutu ni mesti pembawakan dari seseorg. bila sibuk cari punca walla rupanya junior aku (tp dia pangkat kakak dari aku) yg ade kutu.. penuh weyyyyy. ko bayang la org lain kena merayap duk cari kutu atas kepala dia yg berambut pjg tu. telur kutu n mak kutu penuhhhh kat kepala. ak tgk pun rse gatal.

agak lama jua lah nak basmi kutu2 tuh sb beberapa org dh terjangkit.

ak anti btl ngn org rambut pjg tp x reti jaga rambut dari kebasahan n kelembapan nih... hapak satu hal, kepam satu hal, kutu satu hal!

ade sorg kawan ak ni di hostel yg sama tp dorm berlainan; rambut dia pjg cecah lutut tp dia sgt2 jaga. mse kat hostel,  bgn setiap hari jam 4.30 atau selewatnya jam 5 sb nk keringkan rambut. kena btl2 syampu n kering sebelum pakai tudung. nk feeling2 cantik tu blh tp jgn bg org rimas ngn rambut hapak berkutu. sikat rambut pun kat luar bilik, taknak rambut bersepah.. skg dah x larat nk berambut bak puteri mayang mengurai seiring usia katanya. kih3... owh ye dia jgk jd mangsa kena 'check' mse kes kutu tuh; adakah dia pembawa kutu (sb rambut pjg). tp bila check, ternyata dia bebas kutu dan dia sgt menjaga kebersihan rambut dia. so, kontra sgt 2 makhluk ni. sorg rambut pjg x reti jaga sorg rambut pjg elok berjaga gtuhhh..

sekian cerita iols mengenai kutu dan rambut.
Quote papadomku 6-3-2018 09:38 AM
Euwww.. pengotor betul. Tak kan, tak rasa apa2 dgn kutu yg banyak gitu
Quote Zazama 6-3-2018 10:02 AM
Zaman kecik2 dulu, arwah mak spray rambut berkutu saya dengan spray nyamuk sebèlum tidur.  Menggerenyam kutu2 atas kepala saya mcm ada pesta. Esok pagi berterabur kutu2 tu atas bantal.  Itu dulu.... cara ni sebenarnya tak bagus utk diamalkan.
Quote mieymiey 6-3-2018 10:03 AM
Tak sanggup nak tengok gambar, iols scroll lelaju
Quote tengah_bosan 6-3-2018 06:48 PM
tak pulak dia garu eh?
Quote kelip2_07 9-3-2018 04:06 PM
cukur jerlah bg botak

jijik giler..dia blh plk buat bodo jer
Quote missDollie 9-3-2018 04:15 PM
Kulit kepala apa ni!!! Geli sampai merayap banyak gitu tak rasa apa pun..mujur pakai gak topi tu..selamber kau je khuenn..
Quote cairel_azlie 9-3-2018 04:31 PM
Binatang ternakan...mcm bela vampire plak...haha

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037969 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top