CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Altimet Nafi, Lagu ‘Mambang’ Bukan Untuk Malique

5-3-2018 01:56 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 22057| Komen: 96|Original author: Oleh: Amirah

Lagu single Mambang yang dicipta oleh Altimet dikatakan dituju kepada Malique yang sudah lama tidak memunculkan diri dalam industri.

Namun dia menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan lirik lagu Mambang adalah mengenai kehidupan sendiri dan tidak dicipta untuk seseorang.


Foto: Carian Internet
“Tidak. Ia bukan berkenaan atau ditujukan kepada sesiapa dan perkara ini memang banyak yang bertanya dengan saya.

“Tahun lalu saya dapat idea menghasilkan lagu ini daripada seorang teman apabila dia kata perjalanan dunia seni saya sudah jauh berjalan.

“Lirik lagu itu sebenarnya mengenai diri saya yang dahulu dan saya ‘tembak’ (menyentuh) diri saya yang sekarang. Saya lawan dengan diri sendiri,” jelasnya kepada mStar Online.


Foto: IG Altimet
Dalam twitter dia juga ada menerangkan setiap lirik dalam lagu Mambang tersebut supaya semua memahami maksudnya.

“Mambang itu merujuk kepada diri saya yang lama dan pada tahap sekarang saya tak kisah jika masih ada yang tak percaya.

“Saya sendiri memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku sebelum melancarkan Mambang.

“Tetapi Alhamdulillah di sebalik itu Mambang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat walaupun ia tidak banyak dimainkan di radio,” katanya lagi pada Mstar.

Foto: IG Altimet
Disebabkan isu ini, jumlah tontonan muzik videonya mencecah sehingga 500,000 dan secara tidak langsung trending di Youtube.

Altimet yang akan bersara pada November tahun ini sedang menyiapkan hasil karya terakhir yang berjudul ‘Air’.

“Kejayaan Amboi di AJL32 dan penerimaan memberangsangkan Mambang pada saat-saat saya mahu mengundurkan diri tidak membuatkan saya berbelah bahagi untuk menarik balik keputusan dibuat sebelum ini.

Foto: IG Altimet
“Insya-Allah saya akan lancarkan dua buah album sebelum bersara selain merancang untuk mengadakan konsert jelajah,” ujarnya.

Persaraannya nanti bukanlah bermakna dia tidak lagi mahu terlibat dalam bidang seni namun dia hanya akan bekerja belakang tabir sahaja.

Foto: IG Altimet
“Malah jika ada tawaran dalam bidang lakonan, teater atau apa-apa berkaitan saya tidak akan menolak cuma saya tidak menyanyi lagi.

“Alhamdulillah ada syarikat rakaman bertaraf antarabangsa menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih berfikir dengan tawaran itu,” katanya.

Murah rezeki Altimet dan diharapkan supaya mencipta lebih banyak lagu yang segar untuk didengar. Teruskan berkarya! - CARI
19

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
27

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 5-3-2018 02:10 PM
okay Met. tapi kalau lagu ni ditujukan untuk Malique pun, takde hal kot.. korang bukannya bergaduh pun. still kawan kat luar kan.

cuma tu lah, bila dengar Mambang ni, confirm aku terfikirkan Malique walaupun hakikatnya bukan untuk dia
Quote imanda 5-3-2018 02:33 PM
prizadane replied at 5-3-2018 02:10 PM
okay Met. tapi kalau lagu ni ditujukan untuk Malique pun, takde hal kot.. korang bukannya bergaduh p ...

Apo liriknya?
Quote Victorioussss 5-3-2018 02:34 PM
Mmg untuk malik. Lirik obvious sgt. Buat lagu tapi xde balls nak admit spin sana sini
9 tahun 3 album, lirik deep, suara dlm gua tapi takde atas stage sape lg kalu bukan malik?

Bole la tambah lirik dalam lagu kau pasni
"Buat lagu sindir tapi tak berani nak ngaku amboi amboi"
Quote CiliPadiSedap 5-3-2018 02:44 PM
bila lagu baru untuk iqram? akak fikir lagu mambang ni untuk iqram
Quote barfi 5-3-2018 02:46 PM
Bukan ke kau kata nak bersara menyanyi? Menipu jah kau ni
Quote pukulrata 5-3-2018 02:51 PM
booooo!!!!
da buat diss track tuju kat malique pastu sembang
'buat lagu acah deep' tu terang2 dah tembak malique
Quote mieymiey 5-3-2018 02:59 PM
Terus iols google lirik mambang. Obvious sangat menyindir seseorang
Quote Levespa 5-3-2018 03:02 PM
oh jadi alasan dia, lagu ni berkisar pasal diri dia sendiri? ye la tuu.. terang2 perli someone else ler


MAMBANG BY ALTIMET

Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang

Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu Aku budak baru kau lepas pandang
Sekarang Aku lagi hantu dari kau mambang

Duduk Gua cuma dengar suara
Dulu Maharajalela di kuala
Yang Aku sangka emas rupanya hanya suasa
Kerenah Lama member nak layan
Pun Dah tak kuasa

Mari Aku lagukan ini
Kiraah Untuk engkau
Bakar Line ludah api studio ini jadi relau
Dulu Tunggang ombak langgar game ini macam todak

Sekarang Macam dah rosak
Kejap Bagi aku congak
9 Tahun 3 album
Bro Aku boleh kira
Dapat Satu tiap tiga yang pertamanya gila

Lepas Tu boleh la
Lepas Tu tak boleh belah
Apa Kes ulang lagu macam karaoke bbrah
Member Tanya mana pergi engkau punya sengat
Dulu Otak cair sekarang akan naik pekat

Ilham Kering writers block
Pena Kau kena sekat
Dulu Lawas now your **** like
Tak Cukup serat mambang

Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang

Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu Aku budak baru kau lepas pandang
Sekarang Aku lagi hantu dari kau mambang
Quote sheqim 5-3-2018 03:38 PM
Nape dgn malique? Np dia stop nyanyi.. jap nk gugel rupa malique ni, xkenal pulak
Quote KILL_NANCY 5-3-2018 03:44 PM
Levespa replied at 5-3-2018 03:02 PM
oh jadi alasan dia, lagu ni berkisar pasal diri dia sendiri? ye la tuu.. terang2 perli someone else  ...
Mari Aku Lagukan Ini
Kiraah (Qiraah?) Untuk Engkau






Quote AshkieLa 5-3-2018 04:03 PM
Edited by AshkieLa at 5-3-2018 04:13 PM

ingat mambang.. ingat Pendekar Bujang Lapuk...
Quote cikmouse 5-3-2018 04:11 PM
Edited by cikmouse at 5-3-2018 04:15 PM

Layan jgk lagu nieee bila dengo byk2 kali..
[youtube]lw6BINnYH6w[/youtube]
Quote AshkieLa 5-3-2018 04:19 PM
Edited by AshkieLa at 7-3-2018 09:31 AM
Levespa replied at 5-3-2018 03:02 PM
oh jadi alasan dia, lagu ni berkisar pasal diri dia sendiri? ye la tuu.. terang2 perli someone else  ...

betul ke lagu tu pasal diri dia sendiri?
kalau dah berani nak sindir2 through lagu.. mengaku jelaa untuk siapa bila orang tanya.
takyah nak baling batu sembunyik tangan... lagipun nak retired dah kan Nov nanti..
sikit punya lama jangkamasa.. org lain punya early retirement notice 3 bulan je.. ini almost a year...

malique tu sejenis cari pasal kacau org lain ke? asal mcm ade je tak puas hati rapper2 lain ni?


Quote armin 5-3-2018 04:29 PM
Victorioussss: Mmg untuk malik. Lirik obvious sgt. Buat lagu tapi xde balls nak admit spin sana sini9 tahun 3 album, lirik deep, suara dlm gua tapi takde atas stage  ...

Aku pun rasa utk malique. Dia explain kt twitter psl semua lirik tu. Maknanya lagu dia ni blh jadi 2 makna. Senang nak cover bontot dia kan. Tapi yg buat aku yakin dia tulis psl Malique sbb dia tulis lagu Seru. Tu obvious gila kot
Quote mesmerize 5-3-2018 04:35 PM
tak payah pencen la. kira dia ni ada bakat juga mencipta lagu dan buat persembahan.
yang jauh lagi tak berbakat pun taknak pencen dek.
Quote zulkacak 5-3-2018 04:37 PM
ala altimet..kalau betul pn lagu ni utk jeneral mambang xapa..tak siapa pn nak marah..tp kalau tuju kat jeneral jambang, mmg satu bangsa tu akan meroyan serata alam..
Quote she 5-3-2018 04:40 PM
Edited by she at 5-3-2018 04:41 PM

Elehhhh Met ni ko punya lagu pn sume syok sendiri

Malique tu x payah gelabah bewak mcm ko tua2 tkinja2 acah2 rapper swag...jauh benau hasil karya ko dgn lagu Malique

Lagu Malique setakat ni sume puitis...lagu kena blocked tu sah2 lagu Zizan dgn Kaka...dah tu ko tuju diri ko sdri ke Met?

Hasil karya Malique sold out...album ke tshirt ke sume org ligan nak beli walau xde jual kt kedai...jual online je Met...ko haderrrr Met?

Sori Met...I #TeamMalique....ko bole jalannnnnnn...cepat2 sikit bersara muak tengok dah
Quote kisahkeaku 5-3-2018 04:48 PM
seyes ke utk malique??nape x puas ati dgn malique ke?ritu joe,skrg altimet.pehal weh??
Quote Rhyno 5-3-2018 04:58 PM
persoalannya, kenapa dia sindir Malique? apa yg dia tak puas hati dgn Malique?

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.054644 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top