Anugerah Academy atau Oscar adalah antara majlis anugerah yang meraikan bakat-bakat cemerlang dan paling bersinar di Hollywood dari layar kaca dan perak sehinggalah kepada pemilihan pencipta kostum dan muzik latar.
Acara permaidani merah merupakan saat yang ditunggu oleh peminat seluruh dunia ini juga menjadi acara wajib mempertontonkan pemilihan pakaian serta fesyen terindah dikenakan selebriti. Bagaimanapun, apabila bercerita mengenai fesyen, belum tentu lagi acara ini akan menampilkan selebriti dengan fesyen anggun lagi mempesonakan, ia juga akan menentukan cita rasa dan gaya 'terburuk' yang dipilih selebriti berkenaan. Pemenang bagi fesyen terburuk yang menghiasi malam Anugerah Academy ke-90 jatuh kepada bintang Olimpik, Lindsey Vonn. Penulis dari akhbar Daily Mail UK menggambarkan pemilihan pakaian Vonn berkonsepkan gothic itu caca merba dan tidak sesuai dengan perhiasan yang dikenakan serta potongan dresnya agak canggung di mata. Manakala, akhbar Mirror UK memilih Salma Hayek mengungguli carta fesyen terburuk pada malam tersebut. Penulis berpendapat, Salma telah menyebabkan penonton menjadi bingung dengan pemilihan gaun berlipat warna ungu yang sangat ketinggalan zaman, lengkap dengan reka bentuk rantai berlian yang aneh di bahunya. Namun, kedua-dua media ini sependapat menyatakan pemuzik St Vincent keterlaluan dalam berfesyen kerana pakaiannya kelihatan seperti tidak siap dengan bentuk lengan yang besar dan aneh serta ‘menyakitkan’ mata. Selain itu, terdapat beberapa selebriti yang menjadi perhatian kerana menggunakan tema pakaian hampir serupa tetapi tetap tidak menyerlah untuk dilabelkan sebagai pakaian indah. Secara kesuluruhannya, fesyen selebriti pada malam gala tersebut dikatakan agak hambar. Kenapa hambar sangat pemilihan busana untuk Oscar tahun ini? Mereka tak rasa teruja ke nak berjalan di atas karpet merah itu? - CARI
|
19
Bagus |
13
Marah |
15
Terkejut |
26
Sedih |
35
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sharlenetexas replied at 5-3-2018 05:49 PM
bulu ayam spoil betul. nmpk cheap. cutting atas dah ok.
ADVERTISEMENT