Dua lelaki disyaki membunuh dan menggantung rakan mereka di sebuah hotel bajet di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, malam tadi, lapor Harian Metro.
Mangsa berasal dari Kajang tiba di hotel itu pada jam 6 petang bersama dua rakan sebelum mendaftar masuk ke bilik di tingkat dua hotel berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Saifi Abdul Hamid. Bagaimanapun, penjaga hotel berkenaan terdengar bunyi seperti pertengkaran dari dalam bilik tersebut pada jam 8.30 malam sebelum dua rakan mangsa tergesa-gesa keluar dari bilik itu dan terus menghilangkan diri. "Penjaga hotel curiga dengan gelagat dua lelaki tersebut dan terus memeriksa bilik sebelum mendapati pintu bilik terbuka dan terkejut apabila terlihat mangsa tergantung di dalam bilik air dengan wayar elektrik.
"Penjaga itu kemudian cuba membantunya dengan menurunkan mangsa yang ketika itu masih bernyawa sebelum menghubungi hospital dan polis. "Namun mangsa disahkan mati oleh pegawai perubatan yang tiba kemudian," katanya. Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka pada dahi serta calar pada badan dan lebam akibat jerutan pada leher mangsa. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua suspek bergegas meninggalkan hotel selepas kejadian. "Polis sudah mengenal pasti kedua rakan mangsa dan yakin kedua suspek dapat ditahan dalam masa terdekat dan motif pembunahan masih dalam siasatan. "Mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," jelasnya. - CARI
|
16
Bagus |
19
Marah |
12
Terkejut |
22
Sedih |
19
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Changa replied at 5-3-2018 09:51 AM
kawan pun jangan percaya dek
ADVERTISEMENT