Bercuti selepas memeterai janji sehidup semati adalah sesuatu yang diidamkan oleh setiap pasangan yang baru sahaja berkahwin. Tentu sahaja percutian berbulan madu akan menjadi momen-momen indah yang bakal tersemat di dalam kotak memori dan menjadi ingatan sepanjang hidup dalam alam rumah tangga. Kini sangat banyak lokasi ataupun destinasi yang anda boleh masukkan dalam list anda untuk pergi berbulan madu bersama yang tersayang. Malah di Malaysia pun 'berlambak' senarai yang ramai tak tahu pun, atau terlepas pandang.
Bagi anda yang inginkan percutian dengan suasana romantik dengan dikelilingi pemandangan air laut yang mendamaikan, Lexis Hibiscus Port Dickson mungkin tempat yang anda boleh tuju. Ya, hanya di Port Dickson tapi jangan pandang sebelah mata ya! Ini sebab-sebabnya... Jika anda nak tahu, resort ini menawarkan beberapa pakej bilik dan yang paling menarik adalah Panorama Pool Villa yang mengadap ke laut lepas. Tinggal di bilik ini pasti membuat pandangan anda bebas ke laut lepas sambil disapa angin dari Selat Melaka. Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan resort berkonsep moden yang menghidangkan pemandangan dan pengalaman luar biasa yang pastinya. Nah lihatlah sendiri binaan resort yang persis berada di luar negara ini. Kagum gila! Kolam renang dalam bilik.. Biar betul? Jadi anda boleh berendam dan mandi manda di kolam renang tanpa meninggalkan bilik anda. Anda buatlah apa yang anda mahukan berdua tanpa menghiraukan diintai oleh orang lain. Selamat kan?
Lihat sendiri hidupan laut dari resort Bercakap tentang kelengkapan resort, segala kelengkapan telah di sediakan secukupnya bagi setiap bilik. Anda hanya perlu datang bawa diri, pakaian dan duit untuk makan kerana makanan tidak termasuk di dalam pakej yang ditawarkan. Alamat : 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia. Nah, sekarang tak perlu gusar jika mahu honeymoon dalam negara..di sini pastinya menjanjikan pengalaman terbaik, setanding di luar negara! - CARI |
10
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 5-3-2018 12:15 PM
nampak dlm gmbr cantik, bila pg pantai pd standard sungai klang.
kalau nak air laut cantik pg be ...
saladin780 replied at 6-3-2018 11:45 AM
actually pd not bad gak, bleh la jugak nampak air membiru..x lah setanding ngan pantai timur or sa ...
fushimi replied at 6-3-2018 11:36 AM
dah pernah stay sini bagi aku bebiasa je
aku rasa stay kat tengah kl lagi best compare stay kat s ...
naina replied at 6-3-2018 10:22 PM
Boleh bg idea tak nak stay hotel kl yg best dan affordable? Include swimming pool and breakfast. A ...
ADVERTISEMENT