“Lelaki sejati tak mekap kan?” “Tapi kalau nak muncul kat TV mestilah kena mekap.” “Err…” Sebenarnya bersolek atau tidak bergantung pada situasi. Jika anda lelaki, adalah normal muncul di mana-mana tempat dengan wajah polos sahaja. Tiada siapa kisah pun jerawat kawah yang penuh di muka, Tapi… Jika anda selebriti atau diperlukan muncul di kaca televisyen waima sebagai pelakon tambahan sahaja, solekan itu jatuh WAJIB. Ini supaya wajah anda tidak tenggelam dengan pencahayaan ketika penggambaran dilakukan. Jika tidak bersolek, maka muka akan nampak gelap dan tidak bermaya. Sebab itu lah, para ustaz yang kita lihat di ceramah agama pun disolek tetapi tidaklah menyamai solekan untuk kaum hawa. Memadailah sekadar menutup parut sekaligus memastikan kulit tidak berminyak ketika lintas langsung diadakan. Itu di media elektronik, belum sebut penangan di media sosial (socmed) lagi. Yang mana semua benda nak tular, jadi ada yang nak cepat popular hingga bergelar ‘insta famous’ – bermula dengan memuat naik gambar selfie, mengulas produk kecantikan, video tutorial sehingga bermacam lagi semua ini bagaikan menggila di timeline laman sosial kita hari ini. Jom kita lihat solekan yang bagaimana sesuai untuk lelaki.
1) Concealer – menutup parut 2) Brow powder – bentukkan kening Ini yang jenis prihatin dengan bentuk kening dan tak mahu orang nampak keningnya bersepah. Boleh guna sedikit BROW POWDER agar kening tampak lebih maskulin. 3) Bedak kompak – muka tampak bersih/tidak berminyak Ini paling senang, sapu sahaja bedak kompak selapis di kulit muka bagi melindungi dari habuk di luar. Sebelum itu, sapu krim pelindung matahari untuk menapis pancaran UV ya. 4) Contour palette – kaedah ‘contouring’ oleh sentuhan profesional Biasanya disolek pada selebriti untuk beri kesan pipi tulang dagu lebih tajam. Ia membuatkan bentuk muka individu tersebut kelihatan lebih kurus dan maskulin. 5) Lip balm – Lembabkan bibir Pelembab bibir tanpa warna boleh sahaja digunakan dalam cuaca yang tak menentu. Maklumlah bibir boleh menggelupas jika cuaca terlalu panas atau sejuk. Tapi janganlah pula sapu yang ada warna. Tak pasal-pasal lebih perempuan lah pula. Antara produk mekap yang dikhaskan untuk lelaki ialah Tom Ford, Maybelline dan juga Benefit Cosmetics. Lelaki sejati memang tidak kisah dengan solekan seperti di atas. Tetapi lelaki metroseksual ambil berat mengenai penampilan mereka di khalayak ramai. Jadi, biarlah ia minimal seperti sekadar menutup parut dan wajah pula tidaklah terlalu berubah dari segi warna mahupun bentuk wajah. Apa kata lelaki di luar sana? - CARI |
21
Bagus |
10
Marah |
29
Terkejut |
8
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT