Sejak insiden Neelofa melancarkan tudungnya di Zouk, pelbagai kisah di sebalik tabir diselak. Namun ada juga sisi kreatifnya pabila ada ‘Twitterians’ yang mengambil elemen suasana majlis tersebut sebagai bahan untuk bereksperimen. Pemuda bernama Ayoi ini membuat sendiri neon ala-ala di Zouk dengan bajet yang kecil. DIY tersebut nyata mendapat sambutan dengan lebih 7,500 retweet malahan ramai yang mahukan Ayoi membuat pasang siap supaya mereka boleh membelinya. Jom kita tengok langkah demi langkah membuat neon ala Zouk ini.
Pelbagai kelucuan terbongkar ketika ramai yang bertanya tentang peralatan yang digunakan oleh Ayoi apabila sebenarnya kanvas putih itu adalah kotak jam yang dikitar semula. Malahan, dia juga berkongsi dengan ‘Twitterian’ lain berkenaan cara untuk membuat neon dengan lebih cantik seperti membeli wayar di laman web beli belah. Yang seronoknya, dah ada yang berjaya membuatnya sendiri. Disebabkan percubaanya menjadi tular, Ayoi kemudian berkongsi cara membuatnya dengan lebih kemas. Wah! Idea menarik. Cantik pula bila diletakkan di tempat tidur. Jadi, ada sesiapa nak cuba buatnya? - CARI |
GigaMom replied at 2-3-2018 03:07 PM
Feelg dlm kelab boleh dpt x dek
ADVERTISEMENT