CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Masa Anak Baby Dulu Ada Skipped Merangkak Tak?

1-3-2018 11:39 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4784| Komen: 15|Original author: Oleh: Whitney


Zaman sekarang, ibu bapa berlumba-lumba untuk menunjuk kepandaian anak masing-masing. Pastinya mereka akan mendapat pujian daripada netizen setelah menaikkan video dan status aktiviti anak-anak di media sosial. Jadi, tidak hairanlah jika anak-anak sudah diajar untuk membaca, menulis dan mengira sejak dari kecil lagi. Perasaan puas dan bangga dirasai apabila anaknya lancar membaca dan pandai menulis seawal usia 3-4 tahun.

Sebagaimana yang kita tahu, tahap perkembangan anak-anak adalah tidak sama. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Sebagai ibu bapa, kalian perlu mengetahui cara untuk menjaga dan mendidik anak-anak agar perkembangan mereka seiring dengan kanak-kanak yang lain.

Seorang guru bernama Ashikin Hashim berkongsi cara untuk melatih anak-anak menulis tetapi bukan dengan cara memberikan pensel dan kertas. Ini kerana, ramai ibu bapa yang tidak sabar untuk mengajar anak-anak mereka menulis sedangkan mereka tidak tahu, asas menulis ialah dengan menguatkan otot tangan dan bahu terlebih dahulu. 


Ini antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk menguatkan otot tangan dan bahu agar anak-anak rajin menulis dan tidak rasa mudah penat semasa menulis. 




Ada benarnya kata-kata netizen ini. Ramai juga ibu bapa yang bangga apabila anak mereka cepat berjalan dan skipped merangkak. Lagi-lagi, ada yang suruh masukkan anak-anak dalam walker supaya anak cepat berjalan. Sedangkan mereka tidak tahu apabila anak-anak skipped merangkak, ia boleh melemahkan otot tangan dan bahu. 


Netizen ini sendiri mengakui yang anaknya skipped merangkak dan mempunyai masalah otot yang tidak kuat untuk menggenggam. Anaknya juga mengadu cepat penat apabila mengunakan tangan.

Tetapi, ada juga netizen yang memberitahu bahawa anaknya tidak skipped merangkak tetapi mempunyai otot tangan yang sangat lemah. Apa-apa pun, sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa memantau perkembangan anak-anak supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Jika dapat dikesan lebih awal, bolehlah melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka untuk menguatkan otot tangan. 


Nak anak cepat pandai menulis pun ada caranya. Ibu bapa kenalah banyak membaca dan belajar cara mendidik anak dengan betul. Setuju tak? - CARI 

4

Bagus
1

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 1-3-2018 11:52 AM
haritu pegi little caliphs punya fast reading seminar tuk parents, the founder pun cakap exactly camnie. baby kena ikut stage bedung-meniarap-merangkak-duduk-bertatih-bercakap sbb semua tu ada impact and tujuan dia especially on fine & gross motorskills. klu tak nnt akan kacau perkembangan dia
Quote mamapea 1-3-2018 11:56 AM
btl tu...kalau pi skolah mahal2 pun x semestinya anak tu akan pandai...
Quote sarahmirza 1-3-2018 12:01 PM
Jangan bagi anak masuk walker.
Sesetengah mak bapak tak sabar2 nak masukkan anak dalam walker..
Sebab? Malas. Malas layan anak.
Malas jaga anak.
Masuk walker senang, anak tak mengutip itu ini, dia laju je lari dalam walker.
Settle
Quote nadna 1-3-2018 12:06 PM
Tuhan buat semua benda,pasti bersebab.
Quote palmolive 1-3-2018 12:44 PM
aku rasa mak budak ni pun ada masalah otot jari tak kuat..asik typo error jek taipnyer
Quote orgsepang 1-3-2018 12:56 PM
Kebanyakkan budak lelaki ada masalah malas menulis atau mewarna dibandingkan dengan budak perempuan. Akak tak kata semua ye
Quote chinta89 1-3-2018 02:09 PM
plg menyampah mak pak duk up anak sendiri... *takde kaitan ngn artikel tp boleh la paham2 kaitannya ade 1% hahahaha*
Quote Abot 1-3-2018 08:13 PM
ank iols mmg x suke dok walker dr kecik.  ade bgus nye juga.  dlu aku slalu mrh npe la awk x nk dok walker.  {:smile
Quote MissMamamia75 1-3-2018 09:55 PM
Akak dulu..masa kecik2..skipped merangkak..terus je jln..Alhamdulillah..nembesar sihat walafiat..xde problem..blh wakil sekolah..uni..bersukan bagai..naik gunung..turun gunung...aktif kemain..

Byk betul mitos sesat zmn skrg ni..ish..ish..
Quote aurorae 5-3-2018 07:39 PM
Anak kedua saya skip merangkak, terus berdiri dan berjalan seawal usia 9 bulan.   Masa tu memang seronoklah sebab takde masalah anak kutip sampah dan habuk kat lantai.  Rupa-rupanya masalah terbesar dia ialah lutut yang lemah.    Sehingga kini umur dh 20,  dia  lebih  mudah tersadung dan tersungkur  semasa berjalan  berbanding adik-beradik yang lain.  

Tentang tangan dan siku tak pasti pula,  walau secara logik tentulah kurang digunakan sebab tak merangkak.  Sebab elok je dia mula menyonteng sejak usia  setahun setengah.  

Mungkin bergantung juga dengan didikan dan cara hidup semasa membesar, sebab ada forumer  tadi bagitau skip merangkak tapi kuat sukan.  Anak saya yang itu memang puteri lilin,  tak suka sukan, cuma masuk  tae kwan do  masa sekolah dulu.
Quote ~boolean 5-3-2018 10:54 PM
MissMamamia75 replied at 1-3-2018 09:55 PM
Akak dulu..masa kecik2..skipped merangkak..terus je jln..Alhamdulillah..nembesar sihat walafiat..xde ...

Mitos apa pula cik kak...

Ini memang dah diketahuan dari dulu..
Tapi tak ramai parents tahu..

Cik kak membesar dengan jaya,
Tak bermakna budak2 sekarang pun sama..
Lagilah sekarang ni budak2 memang tak bergerak..menghadap gadget saja..

Juga untuk panduan parents yang tak habis2 nak up anak dialah yang paling cepat itu ini..
Biarlah pos begini kena setepek pada parents tak habis2 up anak macam lah anak dia aja yang tahu berjalan ;
Quote ina_na 6-3-2018 10:06 AM
Anak sulung sy pun dia sendiri skrip merangkak..dah la anak sulung..terkejut sgt la kita ni..tp bgn trs pegang sofa..tarikh sendiri..abis 1hall penuh tilam tkt dia jatuh..pe yg sy nampak anak sulung sy sgt berdikari.. sampai gaduh Gan kita semua dia nak btkan..setakat 9thn ni aktif lg..x leh duduk diam..kecuali dpt buku.kalo x bergerak je..anak sulung sy perempuan tp lasak mcm lelaki..mungkin msh knk2.. harap2 dia x de ape2 la sampai bila2..riso gak kan..
Quote Burong_Hantuk 6-3-2018 10:11 AM
sumua berlaku atas kuasa allah
Quote cmf_jeangrey 7-3-2018 06:02 AM
Ada baby yg skip meniarap atau merangkak bukan atas kemahuan ibubapa pun...dia sendiri skip nak wat camne kan..my baby pulak skip meniarap...biasakan tummy time pun x jalan...terus merangkak
Quote putehh 7-3-2018 08:51 AM
my baby sekarang pn skip merangkap...4 bulan meniarap...dia mengesot laju...pantang terlepas pandang..ke mana2 dah...pastu 7 bulan dah duduk ngan berdiri ..berdiri lak dgn penuh kenyakinan cuba lepaskan tgn ..sib baik atas tilam tebal...tp xmerangkak..cam ne erk nk paksa die merangkak...huhu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.081297 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top