CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disimbah Cat, Lelaki Bingung Diganggu Bekas Teman Lelaki Kekasih

1-3-2018 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2705| Komen: 6

Biasanya bila cat merah disimbah pada tingkap atau lembar kertas yang tertulis "Penipu, kamu tidak bayar hutang pinjaman" sinonim dengan perbuatan Ah Long.

Namun tidak bagi seorang lelaki yang dikenali sebagai Chew Sang Yang kerana percaya perbuatan laku musnah kedainya di Cheras tempoh hari adalah bukan kerana Ah Long.

Menurut mStar Online, insiden tersebut bukan kali pertama malah pernah berlaku pada 9 Januari lepas.

Foto: mStar Online
Chew Sang Yang,39 berkata dia tidak pernah meminjam wang pada mana-mana Ah Long dan percaya apa yang berlaku ada kaitan dengan bekas teman lelaki kekasihnya yang bergelar Datuk.

Mereka sebelum ini sudah menjalinkan hubungan selama 16 tahun.


"Saya bukan saja-saja menuduh, tetapi terus keliru siapa yang melakukan perbuatan ini. Saya tidak mempunyai musuh."

Shang Yang juga menambah yang dia sudah menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut sejak Jun tahun lalu.

Sejak itu dia diganggu oleh tiga lelaki ketika berada di parkir berdekatan dengan kedainya.

Shang Yang juga risau tentang keselamatan kekasihnya namun masih tetap mahu hidup bersama.

"Dia telah berpisah dengan Datuk itu serta memulangkan hadiah yang diterimanya sebelum ini.

"Saya faham hubungan panjang 16 tahun bukan mudah untuk dilupakan, tetapi jangan layan orang seperti ini," tambahnya. -CARI

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 1-3-2018 11:43 AM
gf dia sugarbaby kah?
Quote sitisitu25 1-3-2018 11:49 AM
16thn menjalin hbgn..berapakah umur kesemua mereka ni? atuk nenek belaka dah ke
Quote AbukRokok 1-3-2018 12:15 PM
sitisitu25 replied at 1-3-2018 11:49 AM
16thn menjalin hbgn..berapakah umur kesemua mereka ni? atuk nenek belaka dah ke

sejak berumur 23 tahun..... ni kira cinta mati la ni...kalah forumer punya konon2 bercinta 8-9 tahun ujung2 COC

Quote jazaa100 2-3-2018 07:41 AM
sitisitu25 replied at 1-3-2018 11:49 AM
16thn menjalin hbgn..berapakah umur kesemua mereka ni? atuk nenek belaka dah ke

30an.....


Quote jazaa100 2-3-2018 07:42 AM
Datuk punya bisness dah nak merundum ke....
sbb tu gf lari....
Quote MarryPottet 2-3-2018 11:33 AM
datuk tu ada business subcon dengan ahlong, ambik tender simbah cat kat premis peminjam yg culas bayar hutang kah?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.169203 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top