CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Lepaskan Peluang, Rumah Airbnb Dr Seuss Paling Menakjubkan Kini Boleh Disewa!

2-3-2018 09:48 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 4290| Komen: 4|Original author: Oleh: Zailina

Mungkin inilah penginapan Airbnb paling mengujakan. Masakan tidak? Ia bertemakan Dr Seuss, seorang kartunis, pelukis, pengarang 60 buku kanak-kanak termasuk 'Cat in the Hat', 'Green Eggs' dan 'Grinch'. Karya beliau begitu artistik dan penuh warna serta imaginasi. 


Menarik betul, jom tengok apa lagi yang ada!


Bahagian luar apartmen yang mungkin buat ramai teruja

Ada kelengkapan moden dalam suasana imaginasi Dr Seuss


Apartmen di Mexico ini dinamakan Casa Dr Seuss dan boleh disewa. Ia dimiliki oleh Steven Rude. Katanya, dia akan menjual apartmen itu jika ada sesiapa yang berminat. 

Nak tahu kenapa Steven berminat 'menghias' apartmennya sedemikian rupa? Steven ni rupa-rupanya orang yang bertanggungjawab mereka cipta efek istimewa dan beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan yang bekerja untuk filem Harry Potter. Hmm, patutlah, kan? Kreatif betul!

Kalau sukakan filem Grinch dan sekuelnya, anda tentu kenal beberapa bahagian di dalam apartmen ini. Imaginasi Dr Seuss dalam karyanya ditonjolkan di setiap pelosok rumah. Warna-warna pelangi dan dekorasi agak esentrik menjadikan apartmen ini begitu menonjol. Ia penuh dengan "keseronokan dan pengembaraan". Malah, pemiliknya yakin sesiapa yang berkunjung ke situ akan tersenyum lebar menikmati suasana sekitar.


Rasa macam tidur dalam rangka dinosaur tak?

Untuk sewa sebanyak £71 (RM386.84), sesuai sangatlah bagi mereka yang gemar bercuti di tempat aneh. Boleh saksikan sendiri betapa kreatifnya Dr Seuss membuat ilustrasi dan mencipta cerita untuk menawan imaginasi kanak-kanak sehingga dia dikenali di seluruh dunia. 


Teruja, takut atau apa?
Foto: Mirror

Apartmen pelik ini terletak di San Miguel de Allende, Mexico. Ia mempunyai dua buah bilik tidur, dua bilik air dan boleh memuatkan sehingga lapan orang tetamu. Selain itu, ada jakuzzi di dalam suasana 'gua' di mana airnya dipanaskan dengan tiub solar (cahaya matahari).

Macam-macam idea untuk menarik perhatian penyewa, kan? Kalau tak rasa teruja, rasa takut pun ada. Entah-entah tak boleh nak lelap mata malam-malam. - CARI
3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 2-3-2018 10:03 AM
aku sampai skrg tak boleh tengok movie mr.grinch tu..menakutkan muka dia.. tapi anak2 aku suka pulak tengok..cat in the hat tu pun menakutkan kucing tu bagi aku..
Quote Artemesiaa 2-3-2018 12:56 PM
Mexico nice place to be tapi sayang perjalanan nak kesana jauh jadi ramai belum berkesempatan nak pergi
Quote aunisofia 27-3-2018 04:37 PM
sangat kreatif
Quote supernaturalee 3-5-2018 03:02 PM
myakayina replied at 2-3-2018 10:03 AM
aku sampai skrg tak boleh tengok movie mr.grinch tu..menakutkan muka dia.. tapi anak2 aku suka pulak ...

i love the grinch
yes...mmg menggerunkan jgk the grinch dgn cat tu
tp best..teruja tgk
especially the grinch sbb jim carrey spt biasa mmg bg all out

btw dlm bln 11 nnt akn ada versi filem animasi plak
tp guna suara benedict cumberbatch aka dr strange



Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050345 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top