CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Argh Bosannya Tunggu Di KLIA2! Nah Perkara Syok Anda Boleh Buat Di Sini

28-2-2018 12:37 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 11954| Komen: 28|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Pasti ada di antara kita pernah duduk lama di lapangan terbang sama ada menunggu waktu berlepas atau juga transit. Kadang-kadang masa habis begitu sahaja tanpa kita tahu sebenarnya terdapat beberapa lokasi yang boleh kita kunjungi untuk menghilangkan kebosanan.


Jadi di sini kami kongsikan lima perkara yang boleh anda lakukan jika terpaksa menunggu lama di KLIA2 seperti yang dikongsikan oleh laman sesawang Kaki Sini.

1) Berkunjung ke Mitsui Outlet Park

Foto - Kaki Sini
Bila anda nak keluar jauh sikit dari KLIA2 mesti malas bukan kerana perlu ambil teksi dan sebagainya yang sedikit mahal. Tetapi jangan risau di KLIA2 mereka ada menyediakan bas ulang alik percuma yang terus membawa anda ke Mitsui Outlet Park.


Bas percuma ini boleh dinaiki di tingkat satu tempat letak kereka B9/B10 dan tempoh perjalanan hanya 20 minit. Bila tiba di sini anda boleh membeli belah, mencari makan atau sekadar cuci mata melihat barangan berjenama yang dijual di sini.


2) Santai di Sama-Sama Hotel & Lounge

Foto - Kaki Sini
Bagi yang menunggu penerbangan transit di balai pelepasan antarabangsa dan belum membuat pemeriksaan kastam mahupun imigresen serta belum berlepas bolehlah berehat di ruangan ini. Hotel ini terletak di Aras 3, Bangunan Satelit dengan kemudahan bilik mandi selesa berbayar jika ingin segarkan diri.

Kalau anda berhasrat untuk menginap pastikan anda menunjukkan boarding pass memandangkan lokasi ini terletal di balai pelepasan antarabangsa. Tetapi harus diingatkan untuk menginap disini sekurang-kurangnya minimun enam jam.

3) Bermalam di Capsule By Container Hotel

Foto - Kaki Sini
Hotel ini pula sesuai untuk anda yang akan menaiki penerbangan tengah malam atau awal pagi untuk mendapatkan masa rehat sebentar. Ia adalah untuk mengelakkan anda penat atau tergesa-gesa mengejar penerbangan jika tidak datang awal ke KLIA2.

Terletak di dalam kawasan KLIA2 iaitu di tingkat 1 berhampiran kaunter daftar masuk bagasi. Untuk menginap di sini anda perlu tinggal sekurang-kurangnya 6-12 jam. Oh ya bagi wanita anda tidak perlu risau kerana hotel ini ada menyediakan ruang tidur khas untuk wanita sahaja.

4) Beli Coklat Dan Gula-Gula Tempatan

Foto - Kaki Sini
Kalau anda penggemar coklat inilah masanya berjalan-jalan di KLIA2 mencari coklat kegemaran anda atau juga yang belum pernah anda cuba. Terdapat pelbagai pilihan coklat dan gula-gula sama ada tempatan mahupun antarabangsa anda boleh temui.

Antara coklat yang dijual termasuklah coklat jenama Malaysia seperti Fidani, Beryl's serta juga jenama lain seperti Famous Amos, Cocoa King, Country's Tid-Bits & Candies.

5) Beli Belah Barang Makanan di Jaya Grocer

Foto - Lok Ku
Kalau anda tertinggal atau tak sempat beli stok makanan untuk kegunaan ketika travel ke luar negara inilah peluangnya. Pasti anda tidak sangka bukan dalam KLIA2 boleh ada barang makanan, buah-buahan dan lain-lain.

Terletak di tingkat 2, Gateway@KLIA2 pasar raya ini dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 malam dan anda perlu bersedia untuk menyediakan ruang kosong di beg anda untuk mengisi makanan. 

Kami harap dengan perkongsian ini anda tahu bagaimana untuk meluangkan masa di KLIA2 jika terpaksa menunggu lama. Kata orang bila berjalan ke mana-mana kita perlu ringankan kaki untuk melihat suasana dan keadaannya. Jadi jangan bazirkan masa anda hanya dengan duduk tanpa melihat apa yang ada untuk sesuatu yang lebih bermakna. -CARI
8

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zetty1978 28-2-2018 02:07 PM
Hahahaha .. walaupun kerap gak la gi KLIA/KLIA2 ni sbb nk fly tp aku jrg sgt2 la pusing keliling airport tgk apa yg patut .. umah kg aku ( umah parents) dlm 1/2 jam je dr Sepang so nk fly mmg x penah jejak airport berjam2 or berhari2 .. dtg just utk check in pastu terus msk dlm .. kalau balik pun mmg menonong je amik beg then family biasa dh tunggu kt luar.. kalau time pegi tu biasanya aku terus gi kt gate for boarding kalau sesorang .. malas nk jenjln sbb biasa bwk brg kt tgn .. jdnya x penah rasa la dok hotel kt airport .. mcm menarik je kan..
Quote Iema5008 28-2-2018 02:24 PM
zetty1978: Hahahaha .. walaupun kerap gak la gi KLIA/KLIA2 ni sbb nk fly tp aku jrg sgt2 la pusing keliling airport tgk apa yg patut .. umah kg aku ( umah parent ...

Mmg bbaloi bagi orang yg agak jauh dr aiport utk cuci mata dan tambahkn lemak... mcm aku lebih suka makan sementara tgu flight.. dan sightseeing.. kalau utk shopping agak mahal cuma awal bulan january tu, masa fly aku sempat rembat sales kat kedai kasut kat sna.. bbaloi sbb dia bt sales smpi 70 percent... {:run{:run
Quote rosasen 28-2-2018 03:13 PM
insyaAllah akan sampai ke sini nanti...bagus info ni
Quote Artemesiaa 28-2-2018 03:32 PM
Sesuai untuk mereka2 yang kena transit lama atau flightnya lewat malam atau awal pagi
Quote captainQUE 28-2-2018 03:45 PM
Thanks for the information. InsyaAllah minggu depan bakal transit dan akan apply.{:run
Quote drivethru 1-3-2018 06:37 AM
Walau pun aku ni jenis datang airport awal 4-5 jam sebelum fly, aku jarang nak jalan2 dalam tu. Kaunter check in bukak jer, terus check in dan masuk dalam. Kalau kat klia, suka duduk kat area taman tu.
Quote syue86 1-3-2018 08:46 AM
belum smpai destinasi beg dh bertambah kg..kekeke
tp klia2 best sket pusing2 dr klia..yawnnnnnn
Quote bottombikini 1-3-2018 10:09 AM
macam best pulak idea nak ke mitsui tu
Quote bLuEsKy 1-3-2018 01:40 PM
memang best...


Quote alien88 1-3-2018 02:00 PM
pernah stuck dkt klia2 sebab keja hbs awal, nk beli tix yg bru mahal sgt
so lepak la dlm klia2 dekat 4@5jam.. hbs tawaf klia2
suka jaya grocer sbb air mineral murah, hehe
kalau tau ada Mitsui Outlet Park tu msti dah g lepak situ
Quote mizruncing 1-3-2018 04:48 PM
bestnyaa tp jrg stay lame kt KLIA.
Quote airisa 1-3-2018 05:49 PM
jangan sampai terlepas flight sudahh .. asyik bershopping & sightseeing dlm epot tu
Quote alieyrina 3-3-2018 06:00 PM
Kalau saja2 nak p boleh ka..makna nya x check in bagai..klia2 ni utk flight apa..
Quote samasam90 3-3-2018 09:37 PM
its a big no no la kalau nak shopping sebelum naik flight. kalau terleka satu hal pula nak tunggu bas yg mengambil masa 20 minit tu.
Quote samasam90 3-3-2018 09:37 PM
its a big no no la kalau nak shopping sebelum naik flight. kalau terleka satu hal pula nak tunggu bas yg mengambil masa 20 minit tu.
Quote MsKathryn 5-3-2018 01:35 AM
Mitsui tu tak best pun
Quote kucen_miang 5-3-2018 11:48 AM
leka bershopping terus terlepas flight.
Quote afie_m 7-3-2018 04:38 PM
bahaya singgah sini..takut terlepas flight..kalau time balik..dah penat nak cepat balik umah...hehheh
Quote Artemesiaa 8-3-2018 06:22 PM
alieyrina replied at 3-3-2018 06:00 PM
Kalau saja2 nak p boleh ka..makna nya x check in bagai..klia2 ni utk flight apa..

Kalau sekadar nak tengok2 makan2 atau soping boleh je sebab kedai2 tu terpisah dari dewan perlepasan.  Pesawat2 syarikat tambang murah akan mengunakan KLIA2.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.070148 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top