![]() ANTARA logo dan tatu yang diedarkan oleh polis pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. KUALA LUMPUR - Sehari selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 49 nama geng kongsi gelap, polis mengambil langkah yang sama apabila mengedarkan logo yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut. Dengan pendedahan itu, tiada lagi alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana individu untuk menggunakannya kerana tindakan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 menanti mereka yang ingkar. Sehubungan itu, mana-mana pihak yang memiliki logo-logo tersebut sama ada sedar atau tidak mesti membuang, memadam atau menanggalkannya. Antara logo-logo yang dimaksudkan termasuklah daripada kumpulan geng Melayu iaitu Double 7 yang menggunakan simbol bunga padi dan labah-labah serta Geng 38 dan Geng 21 yang dipelopori kaum Cina dan menggunakan simbol bendera sebagai logo.
|


hambaallah1709 posted on 31-8-2013 10:58 AM
Haku nk tanye...
Lori2 besar kat tmpt aku ni dan kt kg tmpat aku ngajar ni banyk sgt sticker otai t ...
itu sticket lepas diri. biasanye lori bawa muatan lebihan, jd tauke2 lori akan bayar wang perlindungan kepada broker kongsi gelap. broker2 ni akan pasang kaki dengan tonto, atau suap pegawai jpj..pegawai jpj roger2 kalau ada operasi dan lain2 lg.. sticker ni tujuan pengenalan pelanggan sahaja..bit posted on 31-8-2013 11:01 AM
Dah rekrut pun stok-stok malas belajar, ingat ada idea kreatif ke nak buat logo.
ni mesti pakai microfost word buat logo

sapp73 posted on 31-8-2013 11:03 AM
esok-esok diorang buat rebranding, tukar nama, tukar logo dah tak jadi kumpulan kongsi gelap

BurningTimes posted on 31-8-2013 01:40 PM
Kak, iols yang guna microsoft words pun mampu buat logo yang bertaraf antarabangsa hokey, stok2 lo ...
logo ni kira lawa sikit lah dari logo 1 Mlaysia tu
ni mesti logo2 zaman disket..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.408241 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.