Dua remaja perempuan yang juga sepupu berusia 14 dan 16 tahun ditahan selepas disyaki mencuri motosikal di Kampung Tanjong Dedalu, Parit, Rabu lalu.
BH Online melaporkan, suspek mencuri Modenas Kriss milik seorang suri rumah yang diletakkan di bawah rumah kira-kira jam 6.45 pagi. "Remaja berusia 14 tahun itu masih bersekolah, manakala seorang lagi sudah bekerja di sebuah kedai makan dan mereka mencuri motosikal itu untuk kegunaan berulang-alik ke tempat kerjanya. "Mereka menggunakan anak kunci motosikal lain untuk membuka kunci 'handle' dan apabila kunci berjaya dibuka, mereka menolak motosikal itu keluar sebelum melarikannya," kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah. Suspek bagaimanapun berjaya ditahan di rumah masing-masing sehari selepas kejadian dilaporkan. "Motosikal bernilai RM1,000 itu turut dirampas dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," tambahnya. - CARI
|
24
Bagus |
22
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
leylapple replied at 27-2-2018 12:13 PM
diorang abwak motor curik balik rumah, parent tak kisah ker?
ker mmg keluarga pencurik?
ADVERTISEMENT